nuffnang

Friday, 18 May 2012

Resepi Roti Jala Norfadilla

Assalamualaikum
tok laki aku kan, kalau malam jumaat jerk mengidam
mengidam pulak boleh tahan jugak lah kan
kalau dapat upah tak apa gak
hahahaha
dapat ke upah kalau dah kenyang macam ular sawa?
opssss
18sx sudah bah
malam jumaat 17hb Mei ni, dia mengidam roti jala air tangan isteri dia
roti jala air tangan orang lain dia tak mau ok
hahahaha
sharing is caring kan
so aku share resepi roti jala versi aku
try lah
kena pulak ngan kari sardin + kentang
sumpah jadi
oohhhhhh aku memang suka bersumpah
ROTI JALA @ ROTI KIRAI
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 cawan santan cair
1 biji telur
1 sudu minyak masak
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyik
Cara penyediaan:
1. bancuh semua bahan uh..pastikan tidak berketul
2.perap kejap (time ni aku wat kasi sardin)
3. kiraikan atas kuali yang tidak melekat (aku guna kuali pyrex yang tidak perlukan minyak..kuali lain aku tak tau)
4. agak seminit, leh lah angkat dan gulung ikut cita rasa you you semua

KARI SARDIN
1 tin sardin jenama kesukaan korang (aku pakai sedang + kecik sebab yang besor tak ada - Ayam Brand) + (aku guna makeral sebab takut sardin hancur dalam kari tuh nanti)
1 biji bawang besar merah dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihilis
kayu manis + bunga lawang
2 1/2 sudu besar serbuk kari ikan adabi
2 cawan air
1 cawan santan
2 bijik kentang potong sesuka hati
daun kari untuk wangi
1 keping asam gelugor
gula, garam, abg aji

Cara penyediaan:
1. aci tak kalau aku malas taip
2. korang baca kat belakang pack serbuk kari adabi tuh cara nak buat boleh?

hahahaha
yelaaahhhhh aku tulis
hish lah korang nihhh

1. tumis bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang ngan daun kari
2. serbuk kari bancuh ngan air sikit dan tumis lagi sampai pecah minyak
3. masuk air, sardin,kentang, asam keping
4. biarkan ikan tuh masak, last masukkan santan
5. perisakan
6. siap...senang kan!! kalau senang, kenalah buat lepas ni




ini lah rupa set Roti Jala ngan Kari Sardin + Kentang aku
cantik tertarik ko memang deboooommm
hahahaha
debooommmm ker?



sedap ke tak, kena tanya tok laki aku yang sekali hadap boleh habis 15 keping!!!


ni rupa aku kirai atas kuali
lantak korang lah nak kirai macam mana pun
yang penting kirai kan
 ni rupa sebelum aku lipat lepat
hahahaha
lipat lah macam mana pun
aku gulung macam popiah tuh
ni lah rupa acuan roti jala mana yang tak tahu tuh
murah jerk wei
RM1.20 jerk
boleh beli 4000 kan kalau korang punya gaji sebulan tuh


ni lah rupa lubang kat bawah dia
tapi awas ye
kalau korang punya adunan tuh berketul, ketulan tu akan menyumbat lubang ni

SELAMAT MENCUBA
ehhh tak ada kesimpulan ekkk

hahahaha

No comments:

Post a Comment