nuffnang

Friday, 20 April 2012

Blueberry Cheesecake Chill Kompem Jadi & Sedap!!!

RESEPI CHEESECAKES CHILL (TANPA BAKAR)


Bahan2 untuk base:
11 keping biskut untuk cheesecakes (aku guna digestives - beli kat kedai buat kek)
100gram buttercups

Cara2:
1. ramas biskut sampai hancur
2. buttercups tu pastikan berada dalam suhu bilik supaya senang nak ramas ngan biskut (ada orang meltkan...tapi aku kan chef sewel...tak perlu semua itu)
3. ramas sekali buttercups dengan biskut (korang agak2 lah time ni ek kalau macam terlampau sangat butter tuh, korang tambahlah biskut lagi)
4. padatkan kat loyang (aku guna loyang yang boleh push dari bawah supaya senang nak kuarkan bila nak hidang!!!)
5. simpan dalam peti pembeku sementara nak buat lapisan kedua (cheese nyer)

Bahan2 lapisan kedua:
500g creamcheese
400g susu pekat manis
3 sudu besor serbuk gelatin halal
1/2 cawan air

Cara2:
1. creamcheese tuh kena kuarkan dari peti ais sejam sebelum buat supaya senang nak pukul
2. pukul creamcheese sampai kembang semangkuk
3. masuk kan susu dan putar lagi
4. panaskan air dan larutkan gelatin sampai betul2 larut
5. tuang cepat2 ke dalam creamcheese + susu, kacau rata serata-ratanyer
6. tuang atas base tadi pastu simpan dalam peti sejuk untuk 1-2jam sebelum diletakkan topping

Topping:
aku guna filling blueberry (beli kat kedai buat kek)
1/2 sudu besor serbuk gelatin halal
1/2 cawan air

Cara2:
1. panaskan air dan larutkan gelatin
2. masukkan filling blueberry, kacau rata
3. tuang atas lapisan creamcheese
4. sejukkan semalaman
5. SIAP

TIPS:
1. penat nak kembangkan creamcheese..so, kalau korang tak ada mixer, jangan buat lah..aku yang pakai mixer nih pun tak larat
2. kenapa letak gelatin dalam topping? untuk mengelakkan topping dari sememeh...hehehe
3. gelatin kena larut betul2 ye..kalau tak nanti kek tuh keras tak sekata
4. ada orang letak jus lemon dan lemon zest kat dalam creamcheese tuh..maybe tak nak muak sangat kot..tapi aku tak letak sebab aku malas nak beli lemon..tapi aku makan cheesecakes ni tak muak pun :)




ni lah rupa cheese cake aku yang super yummy!!


comot sikit ye...tapi sikit jerk lah...


rasa? sumpah sedap!!!

11 comments:

  1. nak try jugak. tape feel belum datang. hahaa

    ReplyDelete
  2. Mar, try lah..sng bangat..sambil susukan yaya pon boleh siap :)

    ReplyDelete
  3. best gak bace blog ko karak..nyk leh aku tgk2 recipe ni..tp kalu buat cheesecake ni x tau la laki aku leh telan x..die kan tekak jawa ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha laki aku yg tekak budu ni boleh jerk telan..jawa ok sikit dr budu kot..hahaha

      Delete
    2. hahhah..aku pon tekak budu gak..t aku nk try wat gak ni..tp biskut pe yg sedap gune ea?

      Delete
    3. biskut digestive...biskut merie pun boleh aku rasa

      Delete
  4. Menariknya. Nak cuba buat lah malam nie. Tapi u all yang ada masa tu jom kita singgah2 blog masing. Isi blog anda semua di dalam blog saya http://www.mamafisya.com/ . Jemput2 singgah ye :)

    ReplyDelete