nuffnang

Showing posts with label air tanganku. Show all posts
Showing posts with label air tanganku. Show all posts

Sunday, 25 October 2015

Resepi Bread Butter Pudding Sedap versi Norfadilla

Bahan-bahan:
  1. 2 cawan susu full krim
  2. 1/2 cawan gula kastor
  3. 3 biji telur
  4. 1 sudu kecil esen vanilla
  5. 8 keping roti (biasa saya guna butterscotch tapi hari i try guna roti raspberi pula)
Cara-cara:
  1. Sapu loyang dengan butter.
  2. Roti potong 4 dan susun dalam loyang.
  3. Susu + gula + telur + esen vanilla = pukul sampai gula hancur dan sebati.
  4. Tuang bancuhan kedalam loyang roti.
  5. Bakar 170-180 darjah celcius selama 40 minit (oven kena panaskan dalam 10 minit dahulu)

Cadangan hidangan:
  1. Boleh makan dengan vabilla sauce tapi kalau malas, boleh makan dengan ice cream vanilla.
  2. Resepi vanilla sauce malas nak type. Aci tak? Hikhikhik.
  3. Senang je buat ni. Dan konpem sedap dari korang makan kat hotel.
Barang-barang untuk membuat bread butter pudding yang sedap


Selepas keluar dari oven.
 
Rupa bread butter pudging yang sedia untuk dinikmati.
 
 
 

Resepi Mee Sup Mudah

Bahan-bahan untuk sup:
  1. Tulang ayam
  2. Bebola ikan
  3. 1 sup bunjut adabi
  4. Bawang merah
  5. Bawang putih
  6. Halia
  7. Bunga kobis, carrot
  8. Garam secukup rasa 
  9. Daun bawang, daun sup

Cara-cara buat sup:
  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia sehingga perang. Hiris ke tumbuk? Ikut rajin ke tak nak basuh lesung batu. Kalau rajin, saya tumbuk, kalau malas, saya hiris. Hikhikhik.
  2. Masukkan tulang ayam, bebola. Biarkan seketika. 
  3. Masukkan air & sup bunjut. 
  4. Setelah mendidih, masukkan sayur dan perisakan dengan garam. Saya tak guna Abang Aji sebab kadang-kadang ingat nak beli kadang-kadang lupa. Hikhikhik.
  5. Saya letak sekeping asam keping untuk menghilangkan hanyir ayam.
  6. Setelah semua masak, taburkan daun bawang & daun sup.

Bahan-bahan untuk sambal kicap:
  1. Cili padi Thai yang kaler hijau panjang-panjang tu segengam
  2. 1-2 ulas bawang putih
  3. Gula
  4. Garam
  5. Kicap kipas udang

Cara-cara membuat sambal kicap:
  1. Blend cili padi, bawang putih, garam & gula guna blend kering.
  2. Masukkan kicap dan sesuaikan rasa.

Cadangan hidangan:
  1. Celur mee kuning atau bihun.
  2. Potong cili besar merah.
  3. Potong limau nipis.
  4. Tuangkan sup.
  5. Tadaaaaaa.. Siap dah mee sup mudah, sedap.


 

Puding Berkuah Express

Bahan-bahan:
  1. 1 paket jeli jenama Nona
  2. Susu cair
  3. Buah-buahan campuran di dalam tin   

Cara-cara:
  1. Masak jeli seperti diarahan di kotak.
  2. Sejukkan jeli.
  3. Hidangkan bersama susu cair dan buah-buahan campuran.
Mudahkan! Cubalaaaaahh.
Ni kira kes emergency kalau ada orang nak datang rumah secara mengejut tapi tak tahu nak hidang apa. Tapi pastikan kena adalah barang-barang tu semua kat dapur. So, pergi Giant/Tesco lepas ni boleh lah beli stok untuk tujuan kecemasan ye!

Resepi Nasi Lemak Mudah

Bahan-bahan untuk nasi lemak:
  1. 3 pot beras (saya guna beras cap serindit - beli kat Kelantan)
  2. 1 1/2 pot santan pekat
  3. 4 1/2 pot air
  4. 1 biji bawang besar merah - dihiris
  5. 1 inci halia - dihiris
  6. Daun pandan - disiat-siat dan disimpul
  7. Sesudu majerin
  8. Garam secukup rasa

Cara-cara untuk membuat nasi lemak:
  1. Basuh beras.
  2. Satukan kesemua bahan di dalam periuk nasi (saya guna periuk nasi elektrik.
  3. Masak seperti biasa
  4. Penggunaan majerin dalam memasak nasi lemak adalah untuk menjadikan nasi berkilat.

Bahan-bahan untuk sambal ikan bilis:
  1. 2 gengam ikan bilis  (tangan saya kecik..so gengaman pun kecik.. hikhikhik)
  2. 3 biji bawang besar merah dimayang
  3. 2 senduk nasi cili kisar
  4. Garam & gula secukup rasa (saya guna nisan kerek - gula melaka)
  5. 1 atau 2 keping asam keping (saya tak pandai guna asam jawa ketika memasak)

Cara-cara untuk membuat sambal ikan bilis:
  1. Goreng ikan bilis bagi layu, ketepikan.
  2. Goreng bawang yang dimayang juga sehinggan layu, ketepikan.
  3. Tumis cili kisar sehingga masak menggunakan minyak yang banyak. Tips mendapatkan warna sambal yang cantik adalah penggunaan minyak yang banyak ketika memunis cili. 
  4. Masukkan ikan bilis & bawang yang telah digoreng.
  5. Tambahkan air mengikut selera (saya suka sambal yang berkuah sedikit).
  6. Perisakan dengan garam & gula.

Nasi lemak saya biasanya dihidangkan bersama timun, ikan bilis goreng garing, kacang tanah goreng garing, telur puyuh rebus dan telur mata kerbau.

Selamat mencuba nasi lemak mudah dan gerenti sedap (perasan..hikhikhik).



 

Resepi Pulut Kuning Mudah

Bahan-bahan:
  1. Pulut (saya guna 1kg)
  2. 1 paket kecik santan (RM2.00)
  3. 1 cawan air
  4. Garam
  5. Serbuk Kunyit


Cara-cara:
  1. Rendam pulut dengan air bersama serbuk kunyit sekurang-kurangnya 4jam. 
  2. Panaskan kukusan, bila dah mendidih, kukus pulut untuk round pertama selama 20minit.
  3. Masak santan dengan secawan air serta garam sehingga mendidih.
  4. Tahap kemasinan bergantung kepada selera masing2.
  5. Angkat pulut dan letakkan dalam bekas besar. Tuang santan dan gaul sebati.
  6. Masukkan semula pulut ke dalam kukusan dan kukus semula selama 20 minit.
  7. Insya Allah, pulut yang dikukus 2 kali ni tahan lama dan tidak mudah basi.





 

Sunday, 29 July 2012

Biskut Raya Untuk Orang Budget!!

Assalamualaikum

hi kawan2
aku sangat tak ada mood nak update blog
bizi ngan keje2 rumah
pastu morning sickness lagik
pastu puasa pulak
hehehe
tapi yang penting, semangat nak memasak masih membara yeee
so hari nih aku nak share biskut-biskut raya yang dah aku buat
share gambar jerk
resepi?
alah, korang carilah kat google
bersepah resepi biskut raya
tahukah korang yang aku tak order sebijik pun biskut raya tahun nih!!
sebab?
sebab tahun nih suami ku tak ada bonus raya macam tahun-tahun sudah
biasa dia dapat binus raya setiap tahun semasa di kampeni lama
dan bonus adalah sangat masyuk!!!
cuma bila dia dah tukar keje, terpaksalah cut mana2 yang tak perlu tapi masih menjanjikan RIANG RIA di HARI RAYA!!!
ehhh riang ke kalau kena kerja dah raya ke-3?
malas aku nak komen ngan pembuat jadual aku
aku pasrah tapi tak redha ngan jadual aku tuh
kalau lah aku boleh dapat keje lain, memang aku tulis dah dalam resignation letter aku tuh reason berhenti sebab unsatisfaction of my raya leave!!!
ehhh dah merepek pasal cuti raya lah pulak kan...
hehehe
so tahu nih aku berazam nak buat kuih raya 20balang!!!
dan aku serius mengenai itu
bukan hangat2 tahi ayam yeee
dan aku dah siap 6 balang yeeee
hohohoho 14 more to go
doakan kejaan aku
tapi mesti ada yang kata "ehhhh biar betoi sampai 20 balang?"
hahaha itu untuk aku, mak aku, mak mertua aku, adik beradik, ipar duai
wahhhh semangatkan
berjayakah aku?
nantikan kisah aku dan kuih raya aku ok!!!



ini adalah biskut raya pertama aku
cornflakes madu
resepi?
aku main campak2 jerk wei
tapi yang penting sedap yang amat!!!
hehehehe
giler kata masakan sendiri tak sedap kan




nih pulak biskut badam
resepi?
alaaaaa cari kat my resepi
bersepah kot
hehehe
sedap jugak yang nih
sebab dia rangup!!!




seterusnya ialah pandan delight
resepi?
kuih semperit + perisa pandan + pewarna hijau tapi acuan luv dan aku celup ngan coklat putih
pastu anak dara ku Mia, tabur manik2 kecik tuh
rasa?
of coz sedap
tak kan aku buat biskut tak sedap
hahaha
giler lah kan
kenapa aku buat biskut nih?
sebab aku suka kaler hijau!!!
so, aku dah bercita-cita nak buat biskut kaler hijau!!!
hahaha
tapi aku bukan ahli PAS yeee
okey, kena buat biskut kaler biru lak pas nih
hahahaha




tadaaaaa
ini bukti aku dah siapkan balang2 nyer yeee
by end of puasa, aku akan agih2 kan kat sape yang aku nak bagi 20 balang tuh
fuhhhhh
adalah anda sebahagian mereka yang terpilih?
siapa tahukannnn :)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 6 July 2012

Kalau Tetiba Ada Orang Nak Tumpang Makan!!

Assalamualaikum

pagi-pagi buta dah tunjuk gambar makanan
kehkehkeh
ni entah bila punya lauk-pauk
tok laki aku request nak makanan yang aku masak
tapi nak makan nasik
pastu siap cakap masak jerk ape yang ada kat dapur
ohhhh my kannn
ni kira kalau tetiba ada tetamu mengejut singgah pastu nak makan nasik
ini jugaklah lauk-pauk yang akan aku masak weiii
sebab memang stok ni jerk selalu ada kat dapur aku
ayam ke daging ke sotong ke udang ke memang jarang lah ada
aku jenis beli pastu akan terus abihkan lauk pauk basah macam tuh
bila dah siap masak, ajak tok laki aku amakan
dia naik pelik
ehhhh banyak jugak ekkk makanan kalau suh masak apa yang ada kat dalam umah
hehehehe
ye papa...mak & abah jerk tak ada lama rumah nih
yang lain iAllah ada
hahaha
so, agak2 korang nak tak singgah makan kat rumah aku?


ini lah lauk-pauk yang terhasil bila masak apa yang ada


ada sardin
aku buat tumis bodoh jerk
tak pedas yee kalau pedas kang ada dicop isteri derhaka
*tok laki aku tak makan pedas


ikan bilis kicap lagend kena ada
kang aku yang tak lalu makan


sayur untuk penghadaman
walaupun orang kata kubis tak elok untuk perempuan
tapi bagi perempuan bekerjaya macam aku, kubis adalah sayur wajib ada dalam peti ais sebab tahan lama dan boleh masuk ngan macam2 jenis masakan


tadaaaaa
terakhir, telur mata perah asam limau
ni fabret tok laki aku
Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 5 July 2012

Strawberry : Cheese : Kek

Assalamualaikum

haiiiii
ramai ke rindu kat Mak Jemah
hehehehe
emosi Mak Jemah tak berapa nak stabil sejak 2 3 4 menjak nih
tuh yang Mak Jemah tak update-update blog tuh
hahaha alasan kan
padahal memang sangat sibok hokey
setelah bercuti lama dari berblog nih, Mak Jemah nak share gambar STRAWBERRY CHEESECAKE TANPA BAKAR!!!
wahhh kan...
share gambar jerk ke?
resepi?
korang nak jugak ke resepinya?
tapi tak tau lah sedap ke tak tauuuuu
kehkehkeh


Bahan2 Base Oreo:
Biskut Oreo yang telah dihancur2kan - aku guna yang dah siap hancur..ada jual kat kedai buat kek
Butter

Cara2:
Aku nih versi pemalas...so aku ramas2kan butter yang telah disuhu-bilikkkan tuh ngan oreo yang dah hancur tuh
banyak mana?
adoiiiiii
aku nih chef yang terhebat so tak ada sukatan
ikut loyang korang besar mana
pastikan adunan tuh tak terlalu lembab aka berminyak lah
pastu korang tepekkan dalam loyang korang
aku pakai spring punya loyang
senang nak kuarkan
tapi sebelum tuh aku sapu sikit butter kat permukaan loyang tuh
ini untuk menggelakkan kek tuh melekat kat loyang time nak kuarkan
ketebalan base oreo tuh bergantung kepada koranglah
macam aku, aku hentam jerk
hehehe
base nih korang kena letak dalam peti ais bahagian atas tuh ye
pastu korang continue buat cheesecake pulak


Bahan2 Cheesecake:
500g cream cheese
400g susu pekat manis
1/2 cawan air panas mendidih
3 sudu besar serbuk gelatin
beberapa sudu filling/jem strawberry
1 bijik limau nipis - amik air nyer sahaja...kulit sila campak hehehehe

Cara2:
kuarkan cream cheese dari dalam peti ais dalam 20-30minit
pastu bolehkan putarkan sampai kembang, cantik dan berkilat
masukkan susu
putar lagi
dalam bekas lain, larutkan serbuk gelatin tuh
dah larut, boleh masukkan kat dalam adunan cheese tadi
kacau guna senduk sampai agak2 gelatin tuh sebati ngan aduanan cheese tuh tadi
pastikan diorang bersatu tau...
kalau tak nanti cheesecake anda keras/lembek tak sekata
masukkan filling/jem strawberry & air perahan limau nipis
korang kena balancekan rasa susu + jem/filling tuh tau
kalau terlebih susu, jangan isi filling banyak sangat
kang manis pulak
so, cara terbaik ialah, isi susu sikit jerk dulu
pas tambah filling/jem strawberry, try korang rasa, kalau kurang manis, baru tambah susu lagi
ok?
dah siap semua tuh, tuang dalam loyang yang isi base tadi
masuk kat peti sejuk yang bawah punya
mesti ada yang tanya kenapa aku letak limau nipis?
sebab nak kurangkan rasa cheese tuh
kalau tak letak pun tak apa kot
ada orang letak lemon
tapi aku orang kampung
tak jumpa lemon kat kedai
hahahahhahaha


Bahan2 Topping:
filling/jem strawberry
1/2 cawan air
1/2 sudu serbuk gelatin

Cara2:
masak kesemua bahan di atas sampai gelatin tuh cair
pastu leh tuang atas cheesecake korang tadi
nak hias ke ape ke, dipersilakan
sejukkan semalaman
pastu siap lah macam gambar di bawah!!!
hahahaha

GOOD LUCK TAU KORANG
KALAU JADI, SILA SHARE GAMBAR KAT FB AKU
KALAU TAK PAHAM & NAK TANYA, LEH EMAIL KAT dinkyres_83@yahoo.com



hehehe aku guna filling yang ada 30% buah
tuh yang nampak ada buah2 strawberry yang yang hancur tuh


ok tak kek aku?
hehehe


pandangan dari sisi
kecomotan terserlah!!!


ni untuk hadiah besday BFF aku
dia suka cheesecake
tuh yang aku buat untuk dia tuh


tok laki aku tak sempat pun nak rasa kek nih wei
kena buat lagi pas nih!!


zoom sikit
hehehe
comot comot comot


nih masa dalam loyang lagi
dalam proses nak menyejukkan dia

Tuesday, 19 June 2012

Aku Ada, Kau?

 Assalamualaikum

setiap orang ada kelebihan dah kekurangan
ada yang boleh diperbaiki
ada dah memang semula jadi
tapi tolong jangan bandingkan kelebihan korang dengan kekurangan diri aku
aku dah bosan kot kalau asyik orang cakap aku gemook, aku hitamm
hahahaha
tetiba sentapkan
iye aku sentap dengan orang sekeliling yang asyik nak cari kekurangan orang lain
sila buat baik dengan aku kalau nak "menumpang makanan aku!!"
aku gemook ke aku hitam ke, aku tak mintak makanan orang!!
aku masak sendiri
okeyyy
tetiba aku sentap
mengenang orang yang suka mengata orang tapi nak jugak mengendeng kat orang tuh
kannn
kalau dah korang tuh cantik dan putih (atau isteri/suami cantik dan putih) masak sendirilah nak makan apa!!!
tak malu ekk mintak makanan aku?

hahahaha
dah boleh gelak dah
tok laki aku telah pulang ke Kelantan Darul Naim
dia melawat datuk tercinta yang kurang sihat
doakan kesihatan datuk kami ye kawan2

bila dia dah balik rumah, ofcoz aku nak hidangkan makanan yang sedap2 kan
dan aku memilih nak buat Pulut Kuning dengan Rendang Ayam
nak resepi?
korang googlelah
malas aku nak tulis
tak sedap pun resepi aku
aku just nak share gambar jerk
silalah tengok gambar-gambar di bawah yeee


rendang ayam Mak Jemah
buat sikit jerk
setengah ekor!!


konon nak deko2 bagai
sekali ngan serai-serai aku letak


memang tak jadi deko aku weiii!!!


hahahaha
memang tak jadi
tak payah lah nak deko2 bagaikan


sekali aku hidang macam nih jerk senang
pulut aku tak kuning sangat
sebab aku letak sikit jerk serbuk kunyit wat syarat
skali pucat dowh!!!


bukti betapa sedapnya rendang aku!!!
jangan tengok sajer
buatkan untuk suami anda yang tersayang
walaupun kita penat kerja, diorg pun teringin nak makan masakkan dari air tangan bini dia

Daging Goreng Ala Kelantan

Assalamualaikum

setelah lama aku berhibernasi dan hasil = aku memang sama saiz  ngan beruang kutub (tipu!!)
hahaha
okey lama sudah aku tak hupdat blog nih
bz hokey
bz ngan kerja rumah, kerja opis (tak boleh update blog guna pc opis!!), kerja rumah tangga dan sebagainya
aku dah lama nak share ngan korang RESEPI DAGING GORENG ALA KELANTAN nih
ni makan ngan nsi kerabu memang terbaik lah woookkk
tapi tidak lah aku masak nasik kerabu baru-baru nih
ada makan-makan kat opis, so aku bawak daging goreng nih
kalau korang ikut resepi aku nih sure korang rasa macma makan daging kat kelantan
hahaha tipu kan
ni resepi MIL aku
korang try k

Bahan2:
1/2kg daging segar (aku guna daging segar batang pinang)
1 bijik bawang holland (yang kaler kuning tuh) - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
Cili besar hijau - hiris
Cili padi hijau - hiris
Garam, Serbuk Kunyik

Cara2:
1. daging tuh dihiris nipis, dibasuh dan campak dalam kuali tunggu sampai air daging tuh kering
2. kalau air daging dah kering, try korang amik 1 keping dan gigit, kalau dah lembut, sila terus ke langkah ke empat...kalau masih liat, sila ke langkat ke 3
3. kalau masih liat, tambahkan air dalam kuali tuh...jangan tambah banyak sangat...tambah 1/2 cawan jerk dulu...baca balik langkah 2
4. daging dah lembutkan, sila ketepikan daging dan tuang minyak masak ke dalam kuali yang dah separa rentung tuh...hehehe pastu boleh tumis bawang putih ngan bawang holland
5. masukkan daging, garam, kunyit - goreng sekejap
6. agak2 daging tuh dah separa garing (jgangan garing sangat, kang keras giler) masukkan cili-cili semua
7. biarkan 1/2 minit, dan sedia untuk ngap!!!




* tips kalau daging masih liat, ulang proses tambah air sampai daging tuh lembut
* kalau boleh belilah daging batang pinang atau daging yang tiada urat sebab kang penat jerk tambah air tapi daging tak lembut2
* resepi nih lebih sedap guna bawang holland dari bawang merah

SELAMAT MENCUBA!!!

Wednesday, 13 June 2012

Kuey Teow Goreng

Assalamualaikum

ada pulak lah yang mintak resepi kuey teow goreng aku semalam
hehehe
vodos jerk resepi aku nih weiii
tak apa ke?
nanti korang tengok kat bawah k
sebelum tuh aku nak membebel dulu
ada member aku tanya kat mana beli kuey teow kecik2 nih?
aku beli kat Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail
wahhhh panjang dowh nama pasar tuh
opis aku sebelah pasar tuh jerk
so, super duper senang aku nak beli barang untuk memasak kan
beli time lunch, pastu simpan dalam peti ais opis
balik kang amik jika tak lupa
hahaha
selamat mencuba ek kawan2 resepi aku yang ntah pape ntah tuh


Bahan Untuk Resepi Kuey Teow Goreng Mudah, Simple & Sedap!!!:
300g kuey teow
Udang + Isi Ayam + Fish Ball
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 1/2 sudu cili boh
2 sudu kicap kipas udang yang manis (:
1 sudu sos tiram
1/2 sudu kicap pekat
1 bijik lada besar dihiris
sedikit taugeh + kucai


Cara2:
1. gorengkan kejap udang + isi ayam + fish ball, kemudian angkat dan toskan
2. tumis bawang merah + bawang putih sampai naik bau
3. masukkan lada boh, tumis sampai masak
4. masukkan udang + isi ayam + fish ball
5. pastu leh lah masukkan segala kicap2 yang ada ngan sos tiram tuh
6. dah mendidih tuh, leh lah masukkan kuey teow
7. kacau dan masakkan kuey teow ini sampai masak
8. last baru masukkan sayur mayur tuh
9. kira sampai 10 pastu boleh angkat
10. siap dah dowh!!!

makan ngan lada jeruk nih memang terbaik dari ladang lah
* aku memang tak letak garam sebab kicap pekat tuh dah masin
* kalau korang tak ada kicap pekat, korang leh tambah garam sikit


Roti Canai Dengan Sambal Sardin

Assalamualaikum

ni adalah entry peram versi tempoyak nih
dah lama giler aku letak gambar dan tajuk
tapi tak tertulis-tulis enrty pasal menu dinner aku nih
hehehe
pada suatu malam yang entah bila di bulan Jun jugak aku rasa
konon tak nak makan nasik
tapi tahap lemak dan kolestrol bapaklah banyak nyerkan dalam roti canai nih
hehehe
tapi jangan ingat aku mulia sangat sampai roti canai pun tebar sendiri!!!
aku beli yang frozen jerk
tapi malas sangat nak mengkari bagaikan
so, aku wat sambal sardin jerk
tetap layan ye dek non
tak perlu nak ke kedai bagai
kang kalau nak ke kedai, ngan nak berbaju chantek, wangi2
menambah dosa lagi adalah bila baju tak tutup aurat betoi2 kan
so, baiklah kita makan kat rumah
makan sambil bogel pun tak ape kotkan
hehehe
korang nbak ke resepi roti canai frozen nih?
jangan nak wat malu aku wei
hehehe
resepi sambal sardin?
pun aku malas nak taip
korang lagi terer kot masak sardin dari aku (:




Monday, 11 June 2012

Sambal Ikan Masin Talang!!

Assalamualaikum!!!

hari ni aku nak share Resepi Sambal Ikan Masin Talang
hehehe ikan masin pun nak masuk blog?
alaaaaa blog aku kot
lantak pi lah
hahaha sumpah senang gila
pastu kalau makan ngan nasik, sure korang tak sedar diri
pastu bila timbang terus pengsan!!!
hahahaha

memula korang goreng ikan masin tuh
jangan garing sangat
kang keras pulak
ada lak yang patah gigi
jangan cari aku ekk kalau gigi korang patah
lol
pastu angkat
kemudian, tumis bawang besar merah yang telah dimayang dan lada kecik yang dah ditumbuk
masuk asam keping 1, masuk ikan masin tadi tuh
pastuh bior diorang bermesra-mesra dalam tuh
ehhhh dah siap ekkk!!!
tapk perlu tambah garam
kang ada lak darah tinggi naik kang!!

lada kecik tuh ikut suka lah nak bape banyak
ikut lah banyak mana ikan tuh kan
kang isi banyak2 tapi ikan nyer ada sikit, ada pulak kena buasir
ehhhh dah macam-macam penyakit kalau buat resepi nih
hehehe
try lah wei...
sumpah osem giler

Sunday, 10 June 2012

Blueberry Cheese Tart Mak Jemah

Assalamualaikum

Mak Jemah jadi omputeh dowh malam tadi
buat Blueberry Cheese Tart
nak resepi?
Mak Jemah pun amik kat Rumah Kak Azita
Mak Jemah tengok resepi dia semua sama jerk kat mana2 pun
nak ngan tak nak jerk buat kan
hehehe
ni versi Mak Jemah punya
rupa memang tak leh lawan ngan pro lah kan
tapi, rasa dia...pengsan lah asyik masuk bakul angkat sendiri macam nih
lalalala
Mia suka Blueberry Cheese Tart
itu pun setelah aku tipu yang cheese tuh aiskrim
apa punya mak lah aku nih kan
hahahaha

aku nak bagitahu 1 cerita kat korang
ceritanya ialah, Tart Sheel tuh, aku beli dah siap
hahaha
sebab acuan dia aku tak jumpa cari
kak kedai yang aku selalu beli barang untuk buat kek tuh tak ada lak pulak jual acu dia
so, aku beli jerk lah tart shell tuh
aku beli kat kedai menjual barang kek kat rumah aku ni haaaa
untuk makan, boleh lah beli
tapi kalau nak jual, memang tak berbaloi
giler mahal dowh!!!!


comel tak?
rasa dia?
kalau dah Mak Jemah yang buat, konpem lah sedap!!!

sila tengok ekkk
sape yang berkenan tuh boleh lah print gambar ni wat kenangan (:


close up sikit!!
lalalala

Tuesday, 5 June 2012

Roti John Mudah

Assalamualaikum

hallooooo hallooo
kopi & milo
hohohoho
laki mak jemah request Roti John ye hari nih
laki korang hader request macam tuh?
kehkehkeh
laki mak jemah nih memang selera buku menu kat restoran
sebut jerk nak apa
pandai masak ke laki mak jemah tuh?
tak pandai dek noon oiii
dia pandai order jerk
mak jemah nih pulak, tak ada lah semua pundai masak yang dia request tu
kang nampak mulia sangatkan semua benda laki mintak ko pandai masak kan
kehkehkeh
dah lah pandai order, bab 1 nih lagi pandai....
PANDAI KOMPLAIN
tapi kalau tak sedap, dia tak segan silu tak makan yeee yang mak jemah masak tuh
sentap mak jemah tau
yelah..
mak jemah nih kan muda lagi
tak semua mak jemah pandai masak kan
tekak laki mak jemah pulak dah macam tekak Si Gordon Ramsay
lol
so, hari ni mak jemah nak share resepi Roti John Mudah & Sedap ofcoz kan
mak jemah nak wat cara lain hari nih
repi ikut gambar
boleh?
bolehkan hajer lah weiiii
blog mak jemah kan
hehehe


 
amik bawang putih 2 ulas, bawang besor merah 1 yang kecik jerk ek, tumbuk/blend pastu tumis dalam kuali
minyak tak payah banyak sangat
pastu masuk serbuk kari 1 sudu - aku guna serbuk kari daging
dah garing tuh, masukkan daging cincang - aku guna daging burger yang dah aku ramas2 supaya hancor - aku guna 2 keping
masak sampai masak..hahahha
jangan dilupai garam weiii
gambar tuh rupa ayam yang dah siap masak

pastu kan, aku pecahkan telur 2 bijik
pastukan
pastukan
pastukan
hahaha banyak lah pulak pastukan

nilah rupa telur dan kacau2 ngan daging tuh

 
panaskan kuali
kalau boleh guna kuali leper ekk
masukkan minyak, dah cukup panas dan korang lepekkan tuh dalam kuali

 
amik roti hotdog, belas 2 tapi jangan belah sampi putus tau
pastu tepek atas daging + telur tuh k

 
sambil-sambil tuh leh potong sayur
ikut hangpa lah nak guna sayur apa ekkk

 

korang boleh lah letak sayur kat tengah2 roti tuh
letak mayonis + sos
lipat roti
dannnnnn
tadaaaaa siap dah
boleh lah nak makan ngan pape pun kan
tapi aku makan ngan funfries
sebab nih kan roti john..so kena lah makan ngan funfries
kehkehkeh

Sunday, 3 June 2012

Masak Lemak Cili Api Nangka & Kaki Ayam


Assalamualaikum




bila tak mampu nak makan isi ayam, aku masak kaki ayam jerk weiii...kesian kan...ni lah mananyer miskin bandar...duk bandar, tok laki keje engineer tapi mampu makan kaki ayam jerk...emmmm kesian kesian kesian...hahaha asalnya aku nak beli pucuk paku tapi sampai Jusco, tak ada lah pulak pucuk paku..nampak nangka muda, so aku pun belilah nangka muda yang dah andartu..lama giler aku rebus nak lembutkan dia..hishhhhhh kan....nak kawankan dia dalam periuk tuh, aku pun belilah kaki ayam...wat pulak pedas-pedas tipu...kan tok laki aku tak makan pedas...nak resepi? senang jerk..ni resepi bodoh-bodoh jerk...try lah resepi masak lemak cili api nangka & kaki ayam ala aku...


Bahan-Bahan:

Nangka muda - rebus sampai empuk
Kaki ayam - sila buang kuku dia hokeh!!! aku rebus kejap kaki nih
Cili padi - tumbuk dan banyak mana? ikut tahap kepedasan yang korang mampu
Bawang besar - hilis jerk
Serai - diketuk-ketuk
Kunyik hidup - tumbuk
Asam keping
Garam
Santan


Cara-Cara:

1. Nangka yang dah empuk tuk satukan ngan kaki ayam yang dah direbus dulu tuh dalam periuk
2. Masukkan bawang besor, serai, cili padi , kunyik hidup, asam keping & santan
3. Masak sampai masak lah kan...jangan lupa perisakan semasin yang korang nak
4. dah siap...yeahhh jom makan!!!


senangkan..senang dan sedap..hehehe ni kalau boring makan isi, kita pakat makan kaki ayam pulak..kehkehkeh

Ayam Goreng Kunyit Mudah

Assalamualaikum


dah sampai tahap tak tau masak apa dah..hehehe padahal balik-balik masak benda yang sama jerk...alahaiii kan...mak masak ayam goreng kunyit jerk dek non oiii!!guna barang yang ada dalam peti ais jerk pun...so, end up nya jadi lah ayam kunyit yang simple pimple...kehkehkeh tapi layan lah jugak kan...ni kira lauk express kalau-kalau ada tetamu singgah nak makan nasik...adooiii ada ke yang sudi singgah teratak buruk hamba nih dek non oiii?resepi ayam goreng kunyik mudah nih seperti di bawah


Bahan:

Isi ayam
Bunga Kobis
Bawang Besar Holland
Lada Besar - Merah & Hijau
Serbuk Kunyit
Garam


Cara-Cara:

1. Panaskan minyak
2. Isi ayam potong kecik2 gaulkan dengan serbuk kunyit & garam
3. Gorengkan isi ayam
4. Agak-agak isi ayam dah garing bukan hangus yeee, masukkan bunga kobis, bawang dan lada
5. Dah siap dah weiiii


senangkan buat ayam goreng kunyit mudah nih..ala-ala makan kat kedai Thailand lah jugak...aduhhh kan...tak abis-abih perasan..hahahaha

Friday, 1 June 2012

Pavlova Dengan Strawberry!!!

Assalamualaikum!!!

pavlova seminggu sekali weiiii
ko mampu?
mampu jerk kalau rajin
kalau tak berapa nak rajin, mampu tengok pavlova jerk lah
hahahaha
MIL ada kat rumah
sajer aku buat bagi dia rasa
kali nih Pavlova aku mantop dari Pavlova aku yang dolo2
dah terer sikit lah
hehehehe

inilah Pavlova Dengan Strawberry

 
cun tak? rupa memang tak menipu..rasa dia, kebabom sedap k!!
lagik mau angkat bakul sendiri

ni rupa pas kuar oven...
macam tak berapa kuningkan
tapi dah bakar sejam lebih dah...
kang takut jadi ape lak...

ni buah untuk topping
sajerk aku pilih Strawberry jerk
malas nak bubuh buah lain :)

mari menopping
aku putar secawan whipping cream sampai kenyal (kenyal?)
pastu tepek atas meringue tuh

belah Strawberry tuh jadi
pastuh susun buah tuh atas topping tuh 

tadaaaaa
dah jadi dah
heheheh

close up sikit
aku nak try buat selalu lagik supaya aku boleh jual
ehhh ada ke orang nak order pavlova ngan aku?

nih untuk suami terchenta
jauhkan lah suami ku dari kencing manis
hehehe