nuffnang

Friday 27 April 2012

Saya Sayang Customer Saya!!

Alhamdulillah

Tak sangka kawan2 opis saya order pudding saya

Terima kasih byk2 ye

Sayang kammoo semua ketat2

Hahahahaha


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tempahan Bread & Butter Pudding!!

Siapkan tempahan kawan2

Seb baik keje tgh hari

Leh buat pagi2 :)

Nak jugak?

Jom lah order!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 25 April 2012

Bread & Butter Pudding with Vanilla Sauce RM8.50

Jom order!!!

Minimum order 3bekas

Murah2 RM8.50 jerk

Leceh kan nak buat

Nak beli whipping cream lg, susu full cream lg, nak bakar dalam oven lgi.. mcm2 kan

Jadi, order sekarang!!

Self pickup kat Plaza Vads TTDI & Damansara Damai


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wordless Wednesday


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 24 April 2012

Resepi Bread Butter Pudding

malam tadi tok laki dah bagitahu nak ringan-ringan jerk
ehhhh makan ringan-ringan
hahahaha
cepat jerk korang kan
dia tak mau makan nasik ke mee ke
kebetulan pulak ada kawan & sepupu nak resepi bread butter pudding
so, aku buat lah nak share resepi ngan korang
ni versi aku lah yeeee
betul ke tak ke, yang penting tok laki i makan setengah loyang :)

Bahan untuk pudding:
6 keping roti (aku guna butterscotch gardenia)
1 cawan whipping cream
1 cawan susu full cream
3 biji telur ayam yang dibasuh
1/2 cawan gula (aku guna gula aising sebab senang nak larut - kan pemalas kannnn)
esen vanilla

Cara membuat:
1) loyang tu korang sapu ngan butter (majerin pun boleh kalau butter tak de)
2) susun roti dalam loyang (aku buat dua layer...roti tuh aku koyak 4)
3) pukul whipping cream, susu, telur, gula ngan esen vanilla
4) curah atas roti (biorkan terendam dalam 30 minit)
5) panaskan oven 10 minit sebelum bakar dengan suhu 170-180 selama 30 minit atau sehingga masak (aku tadi bakar dekat2 ngan 40 minit gak)
6) aku tabur sikit ngan gula perang atas roti tuh tapi tak de effect pong aku tengok...hehehehe
7) ada orang letak kismis bagai ngan serbuk kulit kayu manis...tapi barang tuh non adooo di rumah den...so, den tak lotak lah :)

Bahan untuk sos:
500ml susu full cream
3 sudu gula (ni ikut korang nak rasa manis ke tawar ke)
esen vanilla
tepung jagung untuk kelikatan dan kepekatan yang korang suka

Cara membuat:
1) panaskan semua bahan di atas
2) sesuaikan ngan kelikatan yang korang nak
3) simpan dalam peti sejuk

cara nak makan?
potong pudding tuh, pastu tuang sos tuh atas pudding ngan nak sedap, makan lah ngan buah-buahan
boleh tengok cara aku makan seperti gambar di bawah



ada gaya macam kat restoran tak?
hahahahaha
biorlah aku nak syok sendiri pong
lol



ni aku punya
aku tak suka sangat fresh blueberry
tawar jerk rasa dia
strawberry cukup
pendapat aku, kena makan ngan buah yang masam2 supaya hilang rasa muak susu
so, pilihan terbaik memang strawberry
tapi yang duk kampung tuh, puas pulak nanti nak petik kat belakang rumah kan, so leh try makan ngan mangga ke, nenas ke or buah dalam tin ke



gambar buruk letak bawah kannnn
hahahaha
tak de makna nyer wei
ni lah rupa pudding yang baru masak

SELAMAT MENCUBA :)

Monday 23 April 2012

AWAS!!! Email dari CIMBCLICK yang tiada S!!!



my tok laki panggil sat ni
dia tunjuk dia dapat e-mail Sialan dari penjahat konon CIMB lah kan
sek baik kami dah notice coz sebelum ni pun my friend baru jerk kena time wat online transfer guna CIMBCLICKS
sumpah takut hokey
rasa tak selamat duit kita dalam bank tuh
pitam 80kali pun belum tentu dapat melegakan hati kalau duit dalam CIMB tuh ilang dek kena sapu si penjahat Sialan ini!!!

Resepi Rendang Ayam Karak

hari ni aku nak share resepi rendang ayam aku
ni Mak Cik Chah punya resepi
Mak Cik Chah pulak dapat dari Wan Hasnah (wan aku!!)

so, kepada kawan-kawan yang tak pernah masak rendang, inilah rendang termudah yang patut korang try masak untuk keluarga
sumpah senang dan rasanyer.....OFCOZ lah sedap

sebelum tuh, aku ada cerita nak cerita sikit pasal rendang resepi Mak Cik Chah ni
aku ni orang Pahang yang hidup dan berhari raya dengan rendang
kira kalau takde rendang, tak payah raya lah kiranyer
tapi aku nak rendang ni jugak!! rendang lain aku kurang sikit
hehehe ngader-ngader
1st time raya umah MIL (Ma), tak ada rendang, sumpah sedih
kalah sedih tak dapat raya ngan Mak Cik Chah & Pak Cik Kerie
pastu Ma wat rendang kat aku
tapi rendang Ma tak sama ngan rendang Mak Cik Chah
yelah, Ma kan orang Kelantan...ofcoz rendang dia tak macam rendang orang Pahang
bukan tak sedap yeee, tapi tekak ni mengader nak rendang Mak Cik Chah jugak

so, sila rujuk resepi di bawah
tolonglah cuba
hahahaha
dah jadi paksaan pulak
giler sewel!!




Bahan2 blend untuk 1 ekor ayam:
Lada kering 20 tangkai
Lada kecik 10-15 biji
Bawang merah 10-15 ulas
Bawang putih 5-7 ulas
Halia sebesar ibu jari
Serai 3 batang

Bahan lain:
Santan dari sebijik kelapa
Serai diketuk 2 batang
Kayu manis, bunga lawang
Rempah rendang ayam Adabi separuh paket kecik
Kerisik 2-3sudu besar
Daun kunyit dihiris halus
Garam, gula
Asam keping 1-2

Cara:
1) panaskan minyak, tumis serai, kayu manis, bunga lawang
2 ) masukkan bahan blend
3) bancuh rempah rendang dengan air sikit pastu campak dalam kuali tuh
4) tumis sampai masak dan naik bau
5) masukkan ayam biarkan sampai air ayam tuh kering..time aku letak ayam aku letak asam keping sekali
6) pastu bolehlah masukkan santan selepas air ayam tuh kering
7) masa masuk santan ni, korang boleh lah perisakan rendang ni ngan garam, gula
8) santan dah macam kurang sikit? ok, sekarang masukkan kerisik
9) masukkan hirisan daun kunyit
10) SIAP

senang kan!!
semoga tiada lagi air mata di Aidilfitri
hahahaha
sampai bila nak harap kan mak kita kan
kita kan dah jadi mak
yang belum jadi mak tuh, 1 hari nanti korang akan jadi mak
kalau dah jadi mak, kenalah pandai masak rendang :)


SELAMAT MENCUBA


Hadiah Besday Round Ke-2

hepi besday to me
hepi besday to me
hepi besday to meeeee
hepi besday to me

hahahaha
lambat lagi lah besday aku tapi dah dapat dua dah hadiah
terima kasih ye tok laki

ok...
nak cerita pasal aku baru beli oven
tapi bukan lah hadiah besday pun sebenyarnyer
sajer jer aku paw tok laki aku suh belanja oven baru sebab oven aku sekarang dah uzur
tapi still boleh guna (dan sangat berguna kepada keluarga kami)
actually, oven lama aku tuh oven mak aku
since mak aku dah malas nak guna sebab aku dah bagi microwave kat dia, so dia bagi oven dia kat aku
baikkan aku bagi hadiah microwave kat mak aku?
hahaha tuh hadiah kawen aku
ada 3 microwave
sewel kalau nak pakai tiga-tiga kan
so bagi mak 1, mak mertua 1 :)

dulu aku ada oven aku sendiri tapi api dia kurang panas
pastu aku dah campak ke tong sampah dah pun oven tu
giler kan campak-campak
sebabnyer oven tuh bila aku on jerk dia akan membuatkan lektrik umah aku trip
tuh lah pasal aku campakkkan
since that, keje membaking aku, aku guna oven mak aku
tak ada pulak gambar
nanti aku amik dan aku tempek kat sini

hari ni nak tayang oven baru yang sesuatu itu
kenapa sesuatu?
sebab tak tau nak tulis ape
hahahaha
aku beli ni kat Bandar Baru Sungai Buloh
kedai elektri kat sebelah CIMB Bank
ape ntah nama kedai tu
kenapa aku pilih oven seperti di bawah?
sebab banyak tuh jerk duit yang ada
kalau duit ada banyak lagi, aku dah beli yang lain
hehehehe





harga RM240 setelah Mia cakap untie penjual tuh cantik (tipu)
hahahaha
harga display RM285, tapi aku mintak kurang
tokey kedai bagi RM240
malas nak mintak kurang lagi sebab aku rasa macam dah ok kot harga tuh





kebesarannyer ialah 32 liter
leh lah muat seekor ayam nak panggang sambil bergolek-golek manja
tapi sebab utama aku nak oven baru ni adalah kerana nak wat pizza
lol




dalam kotak tuh siap ngan buku resepi
tapi sumpah geli aku nak ikut resepi dia
tak selera aku hokey
dah bagi free gift gedik pegi kutuk pulak kan
hahahaha
melayu kan mudah lupa
tuh yang jadi macam tuh kan


OK TAK OVEN AKU?

Sunday 22 April 2012

Resepi Pizza Segera

Roti gardenia
Sos speghetti/sos tomato
Sosej
Capsicum merah/hijau
Bawang besar
Mozarella cheese

- Sapu sos atas roti
- Susun sosej, capsicum & bawang besar
- Tabur mozarella
- Bakar 10minit suhu 170°c

Cuba lah :)


Friday 20 April 2012

Hasil Buat Cheesecakes Untuk Suami!!!

jeng jeng jeng
hahahahahahahaha
mestilah dapat sesuatu kan bila dah masak sedap-sedap untuk suami
tok laki aku memang macam tu
puji aku masak memang jarang lah
tapi pas makan sedap-sedap jerk biasa dia ajak gi shopping
kuikuikui
terima kasih tok laki ku sayang
wahhhh sayang sangatlah kan
kikikiki
tak belikan pun aku sayang gak kat dia :)

so!!!
apekah hasil untuk blueberry cheesecakes aku tu?
gambar di bawah adalah dirujuk!!!


cantik tak?
jam TIMEX yer
cantik ke tak ke memang dah beli dah pun...
takkan aku nak pulang pulak kan..
hohohoho



ni pulak kalau letak kat tangan aku
sesuai?
sesuaikan ajer lah wei...
aku yang pakai
bukan korang :)
hehehehe

v
.
.
.
.
.
v
.
.
.
.
v
.
.
.
.
.
v
.
.
.
.
.
.
v
.
.
.
.
.
v



hahahaha
tali jam jerk wei
bukan jam pun
tali jam aku yang asalnyer kaler putih
tapi tali kecik yang 2 tuh dah putus
penat aku cari tali jam kaler putih gak
tapi tak jumpa saiz
akhirnya aku beli tali kaler coklat ni
walaupun tak de lah aku suka sangat
amik jerk lah sebab kaler lain yang ader untuk said tali jam aku 18 ni cuma ader kaler hitam
hitam tuh aku tak nak sebab jam aku yang lain pun dah ader kaler hitam
so, sesuai ke tak, terima jerk lah
harga? RM48 kat PK TIME One Utama
kedai jam febret aku ngan tok laki :)

Blueberry Cheesecake Chill Kompem Jadi & Sedap!!!

RESEPI CHEESECAKES CHILL (TANPA BAKAR)


Bahan2 untuk base:
11 keping biskut untuk cheesecakes (aku guna digestives - beli kat kedai buat kek)
100gram buttercups

Cara2:
1. ramas biskut sampai hancur
2. buttercups tu pastikan berada dalam suhu bilik supaya senang nak ramas ngan biskut (ada orang meltkan...tapi aku kan chef sewel...tak perlu semua itu)
3. ramas sekali buttercups dengan biskut (korang agak2 lah time ni ek kalau macam terlampau sangat butter tuh, korang tambahlah biskut lagi)
4. padatkan kat loyang (aku guna loyang yang boleh push dari bawah supaya senang nak kuarkan bila nak hidang!!!)
5. simpan dalam peti pembeku sementara nak buat lapisan kedua (cheese nyer)

Bahan2 lapisan kedua:
500g creamcheese
400g susu pekat manis
3 sudu besor serbuk gelatin halal
1/2 cawan air

Cara2:
1. creamcheese tuh kena kuarkan dari peti ais sejam sebelum buat supaya senang nak pukul
2. pukul creamcheese sampai kembang semangkuk
3. masuk kan susu dan putar lagi
4. panaskan air dan larutkan gelatin sampai betul2 larut
5. tuang cepat2 ke dalam creamcheese + susu, kacau rata serata-ratanyer
6. tuang atas base tadi pastu simpan dalam peti sejuk untuk 1-2jam sebelum diletakkan topping

Topping:
aku guna filling blueberry (beli kat kedai buat kek)
1/2 sudu besor serbuk gelatin halal
1/2 cawan air

Cara2:
1. panaskan air dan larutkan gelatin
2. masukkan filling blueberry, kacau rata
3. tuang atas lapisan creamcheese
4. sejukkan semalaman
5. SIAP

TIPS:
1. penat nak kembangkan creamcheese..so, kalau korang tak ada mixer, jangan buat lah..aku yang pakai mixer nih pun tak larat
2. kenapa letak gelatin dalam topping? untuk mengelakkan topping dari sememeh...hehehe
3. gelatin kena larut betul2 ye..kalau tak nanti kek tuh keras tak sekata
4. ada orang letak jus lemon dan lemon zest kat dalam creamcheese tuh..maybe tak nak muak sangat kot..tapi aku tak letak sebab aku malas nak beli lemon..tapi aku makan cheesecakes ni tak muak pun :)




ni lah rupa cheese cake aku yang super yummy!!


comot sikit ye...tapi sikit jerk lah...


rasa? sumpah sedap!!!

Cupcakes Butter Super Senang!!!

RESEPI BUTTER CUPCAKES MUDAH!!!

hari Jumaat yang permai ni aku nak share ngan korang semua resepi cupcakes paling senang
pada yang tak pernah buat cupcakes or cakes, boleh cuba
sebab?
sebab senang lah...
tapi kalau nak layan kat kedai punya memang jauh lah kan..
sebab cupcakes ni sumpah lagi sedap dari kedai ok!!!
hahahaha
resepi ni sebenornyer resepi butter cakes..
tapi sebagai chef sewel, for sure aku akan menghentam sajalah labu untuk menjadikan nyer sebagai cupcakes!!!
hasilnyer?
ofcoz jadi hokey!!!

Bahan2
1 buku buttercups 250g
2 1/2 cawan tepung kek
1 cawan gula (aku kurangkan sikit...sikit jerk tau...buang dalam 2 sudu dari 1 cawan tuh)
3 biji telur (basuh dan lap ye)
3/4 cawan susu yang tak manis (aku guna susu kotak dutch lady si Mia..hahaha)
1 teaspoon esen vanilla
* aku biasa letak coklat rice tau coklat chips
* suka hati lah nak letak banyak mana

Cara2
1. pukul buttercups + gula sampai kembang
2. masukkan telur 1 per 1 + esen vanilla dan pukul lagi sampai kembang lagi
3. masukkan tepung sedikit demi sedikit
4. masuk susu
5. kautkan letak dalam acuan kek or cupcakes
6. bakar: kek 50minit ke 1jam, cupcakes 15minit ke 25minit suhu 180
7. sejukkan dan hias dengan topping buttercream

Tips:
1. aku tak letak pun esen vanilla sebab dah abis..tak sempat beli..tujuan letak esen vanilla tuh adalah untuk kurangkan hanyir telur tuh
2. kalau korang tak ada mixer, pukul jerk pakai senduk kayu...tapi lengguh lah sikit tangan kan...
3. time bakar pulak, ni sebenarnyer ikut korang punya oven, nak tau masak ke tak, try cucuk ngan lidi, kalau dan masak, bila korang tarik lidi keluar, dia akan smooth jerk
4. isi dalam bekas untuk bakar tuh tak payah lah membumbung sangat...t melempah ruah pulak...aku isi 3/4 jerk dari bekas tu



 ini lah hasil cupcakes saya :) boleh lah huduh2 kan...tak kan semua benda dalam dunia ni kita nak beli kan :)


wajib bawak untuk opismate sebab mereka adalah tester terbaik saya :) selepas en suami


ni pulak bekalan untuk Mia ngan the geng kat sekolah :)


hahahaha ni lah pembantu saya...yang siang malam mintak kek kat mama..dia memang suka makan kek..so mama dia kena rajin lah buat kek kan :)

SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN!!!

Wednesday 18 April 2012

Klinik Famili TTDI yang dot dot dot


Pagi ni aku bangun pagi jerk rasa tak selesa

Hidung tersumbat

Dah set dalam kepala hotak tak nak MC!!

Bukan bermakna pekerja yang baik just nak jaga KPI..

T tak pasal-pasal pulak tak dapat bonus hohoho

Dapat ke?

Ok!! Pastu gigih lah pagi-pagi aku singgah klinik panel kat opis aku tu kan

Sebabnyer aku nak beli ubat selsema yang tak mengantuk..

Sumpah bukan sebab nak MC ok..

Aku tak nak pun jumpa doktor..

Sesampai jerk aku kat kaunter tuh, budak jaga kaunter tuh terus buat muka macam haram!!

Dalam hati dia konon aku ni nak MC lah tuh..

Woiiii aku nak beli ubat jerk lah..

Kalau aku nak MC pun, aku bayar guna duit aku kot..

Bukan pinjam duit wan ko kat kampung!!

Sungguh vav!!!

Nama dia base on aku tengok kat baju dia MAWAR!!!

Yang aku bertambah angry tuh bila ada seorang makcik belakang aku, dia layan baik jerk..

Siap greeting baik jerk jerk..rupanyer datin..

Heyyy ko ingat aku si Customer Service ni bayar service kat klinik ko guna batu ke?

Tapi 1 lah nak puji..

Doktor-doktor kat klinik ni semua baik-baik

Pastu cakap dan periksa kita pun ok jerk..

Sumpah aku bengang giler ngan perempuan MAWAR tuh

Aku rasa ada a few gak member aku yang kena ngan dia gak kot

Padan muka ko..

Masuk blog aku!!!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday 15 April 2012

Realiti Kehidupan

Realiti Kehidupan 1

Penduduk TTDI, KL (mungkin di bandar-bandar besar yang lain juga!!)
- ikan segar di pasar
- keras-keras lagi isi nya
- mata ikan pun putih lagi
- cium ikan pun boleh bau air laut

Penduduk Pekan Karak (mungkin di bandar-bandar kecil yang lain juga!!)
- ikan tak berapa nak segar
- isi ikan dah lembek lontek
- mata ikan macam kena sakit mata!!
- cium ikan bau macam air longkang!!

Realiti Kehidupan 2

Penduduk TTDI, KL (mungkin di bandar-bandar besar yang lain juga!!)
- buah-buahan segar bugar
- pastu bermacam-macam jenis dari seluruh dunia
- MURAH? peniaga tak berani nak main harga!!

Penduduk Pekan Karak  (mungkin di bandar-bandar kecil yang lain juga!!)
- buah dari Pasar Besar TTDI atau pasar malam TTDI yang tak habis tu baru nak jual kat sini
- anggur pun dah macam kismis rupanyer
- MAHAL? alaaa, orang kampung, mana pandai complaint!!

Realiti Kehidupan 3

Penduduk TTDI, KL (mungkin di bandar-bandar besar yang lain juga!!)
- kena pakai kereta besor
- kena pakai handbag mahal
- pastu barulah salesgirl layan kalau nak beli pape
- kalau ko selekeh, jangan harap ye nak masuk kedai tu
- ekor mata pun diorang tak pandang

Penduduk Pekan Karak (mungkin di bandar-bandar kecil yang lain juga!!)
- semua saling mengenali
- pembeli akan berborak sakan ngan peniaga
- siap ada free gift lagi (walaupun cuma sebijik pisang...)

Realiti Kehidupan 4

Penduduk TTDI, KL (mungkin di bandar-bandar besar yang lain juga!!)
- bila ada kejadian jenayah, Polis berlari mengawal pintu masuk keluar area TTD
- tak cukup itu...siap Menteri pun mengelupor turun padang

Penduduk Pekan Karak (mungkin di bandar-bandar kecil yang lain juga!!)
- bila ada jenayah.. Polis? entah...ada ke Polis kat Karak?
- alhamdulillah, kurang sebenarnyer kejadian jenayah kat Karak..bukan tak ada Polis...

Itulah kelebihan orang kaya dan orang so so je di muka bumi Allah ini..mungkin orang-orang di TTDI membayar cukai yang lebih bayak kepada kerajaan, maka semua kelebihan itu dapat mereka nikmati..tapi kesian kan bagi mereka yang jauh dari arus kemodenan..hidup serba serdahana...tak dapat pun nak merasa nikmat seperti mereka yang kaya...


Mudah, Senang, Sedap ikut Depan ke ikut Bontot?

Sungguh sesuatu ok tajuk ni..

Pastu korang pun kan cepat jerk kan..

Hahahahaha

Sebenarnyer nak tanya pasal park kereta lah...

Sungguh ramai yang yellow mellow kan..

Aku prefer park kereta dengan cara masukkan bontot dulu..

X reti sangat kalau masukkan ikut depan..

Nak pulak nak park kan si debab itu..

Tapi si debab itu ada kamera untuk mengundor (very the kampung kan word aku!!!)..

Kengkadang sian aku tengok orang terkial-kial nak park kete diorang..

Rasa nak rampas stereng kete tuh & tolong park kan..

Ayat berunsur riak di situ..

Tak baik hokey..

Baiklah..

Itu sahaja ye :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 11 April 2012

suami drive vs isteri drive

# ini adalah pendapat penulis semata-mata..kalau korang tak setuju, sila buat blog sendiri dan tulis pendapat korang..harharhar


Ok!! Aku & tok laki pentravel (sori cikgu bahasa melayu) long distance kategori heavy gak lah..coz kampung tok laki aku kat Kelantan dan tempat mencari rezeki dia pulak kat Terengganu..kekerapan pulak kalau balik Kelantan tu 4 ke 5 kali setahun..g Terengganu pulak, kalau drive tu dalam sebulan sekali gak lah..tp kalau dia naik bas @ flight, memang tiap-tiap minggu derrr..


Kalau drive berdua biasa memang kitorang ni bergilir..kengkadang sangat lah kitorang full drive sorang- sorang..aku selalu gak tanya tok laki aku nape dia nak bergilir?sebab majoriti kengkawan aku tak akan drive..biasa hubby diorang akan drive..so antara jawapan berunsur soalan yang selalu tok laki aku bagi kat aku ialah:


Emmmm ni soal tak percaya kat isteri yang drive ke atau kesian kat isteri ke atau suami rasa memang dah tanggungjawab suami kena drive ke atau sayang bini ke?


Ni pulak pendapat aku:


Kalau sebab tak percaya kat bini, aku rasa JPJ tak akan bagi lesen kot kat isteri tuh kalau isteri tuh tak pandai bawak kete kan..macam mana nak pandai kalau si suami tak bagi peluang kat isteri yang drive?practice make perfect kan..tak practice macam ne nak perfect!!!kalau rasa no body perfect, tak payah practice..tunggu lah si suami masuk hospital nanti baru lah si isteri belajar memandu untuk balik ke kampung halaman!!!


Kalau bab kesian atau sayang kat isteri?emmmm si ieteri tuh tak kesian ke kat suami?si isteri tuh tak sayang ke kat suami?kalau tanya aku..jawapan aku ialah aku sayang tok laki aku..aku kesian kat dia..so sebab tu aku rajin nak drive..pendapat aku, kalau nak suami mudah ngan kita, kita pun kena lah mudah dan tak berkira ngan suami..ke korang pikir macam ne?


Disebabkan aku biasa sangat drive, bila time tok laki aku drive, aku selalu mengomen itu dan ini..hihihi laju sangat lah (walaupun aku sendiri naik atas hiway 160km/j)..turut dekat sangat lah..memotong ala giler-giler..terutama time atas Bukit 7..sumpah aku tak boleh tidor k..harharhar tapi time aku yang drive..tak sampai 5km, tok laki aku dah berdengkur dah..haishhhj sungguh sengal!!!so aku dah jadi kategori si suami yang tak percaya kat si isteri lah pulak kan time ni..hehehehe


Kelebihan bila isteri drive, diorang ni ala-ala berhati-hati gitu (sangat berhati-hati sampai tak berani potong lori balak atas Bukit 7)..tak mudah panas hati (isteri orang lain..isteri tok laki aku, hobi time bawak kete ialah hon dan bagi lampu kat orang depan yang terhegeh-hegeh!!)..


Kekurangan???hahaha time emergency atau kejadian yang tetiba berlaku contoh elak lopak air ke..elak binatang-binatang melintas ke..ni isteri memang FAIL hokey..mudah menggelabah lah pendek kata kan..tapi aku masih mengekalkan eksiden free k..semoga selamanyer aku eksiden free..ameen


Hasil pemanduan ganti-ganti kami dan tekan minyak macam esok tak naik kete dah, setiap kali kitorang pegi Terengganu, mesti ada hasil atau hadiah dari inspektor sahab (saman speedtrap!!!) menyampah aku hokey..1 saman leh dapat 1 kain sutera tu..ishhhhh mencik hokey bila kenang list saman yang bertotal 11 tuh..


Ok!!dah abih dah..


Tapi ni semua pendapat aku semata-mata..kata blog aku kan..lantak aku lah..hohoho


Published with Blogger-droid v2.0.4

Resepi Mee Sup Express

Dah bosan tak tau nak masak ape balik keje?memang weeiiii..aku pun sama..padahal berderet lagi resepi tak penah try tp sebab kekangan masa dan tenaga (penat dowh balik keje nak kena bersilat kat dapur!!) Ada hari-hari yang aku tak teringin nak makan nasik...so, aku biasanyer goreng mee ke...bihun ke...kali ni aku nak share Resepi Mee Sup Express...kenapa Express? Sebab aku campak-campak jer...malas nak beria-ia..yelah, tekak aku jerk pun nak makan kan..lainlah nak jamu orang...

Sup:
Ayam (bahagian2 tulang temulang)
Fish ball (chicken ball pun boleh)
Carrot
Sup bunjut
Lada hitam

Bahan-bahan tumbuk (jangan hancur sangat..) & tumiskan:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kulit kayu manis
Bunga lawang

Bahan-bahan hiris:
Daun sup
Daun bawang
Cara-cara:
1. aku akan rebus ayam, carrot, fish ball
2. pastu aku tumis asing yang bahan-bahan tumbuk tu...tumis sampai garing..bukan hangit dan rentung ye...
3. kautkan dan letak dalam periuk yang korang rebus ayam tu..
4. perisakan ngan garam dan pak haji (pak haji ni, kalau suka boleh letak..kalau tak suka, tak aper..aku tak guna pun pak haji ni...)
5. Celur mee..hidangkan ngan sambal kicap...

Siap!!!

TIPS: aku biasa letak sekeping kecik asam keping dalam sup untuk mengelakkan bau hanyir ayam..jgn letak banyak..kang masam pulak kan...

Thursday 5 April 2012

Suami Mengidam Di Malam Jumaat

Balik umah skali skala kannn so buat je lah dia teringin tu..
Bukan susah pun..
Tanak pulut..
Perah santan..masak jap atas dapur..tambah gula & garam..
Potong mangga..
Hidang!!
4 kali you dia tambah..


Wednesday 4 April 2012

Ada Apa Pada Namaku?

entry kali ni aku nak cerita pasal nama...ni pas dengar Hot Chat HotFM pagi Selasa ari tuh..so, kita mulakan dengan nama penuh dalam IC aku adalah (rahsia) bahaya kot bagitahu nama penuh ngan ejaan sekali kan...nama penuh aku tu telah diberikan oleh Makcik Chah (mak aku k!!) dengan membawa maksud di dalam Bahasa Arab nyer ialah Yang Utama/Keutamaan (may be aku sulong kot kan!!)...antara sebab musabab Makcik Chah tu bagi nama aku macam tu ialah kerana time dia muda-muda dulu ada sepasang adik beradik ni yang pandai mengaji al-Quran...yang kakak tu dinamakan aku dan yang adik tu, Makcik Chah namakan nama Adik Ijah (adik bawah aku) aku..
 
Nama aku dan nama Adik Ijah ni memang glamor time Makcik Chah tu beranakkan kitorang kot sebab giler ramai kawan-kawan aku yang sama nama ngan aku dan Adik Ijah time aku sekolah, masuk U dan kat tempat kerja...ala2 nama glamor zaman sekarang ni macam Mia, Danish, Balqish...kalau tak percaya, tunggu next 20years mesti ramai manusia berumur 20an nama macam tu...
 
ALONG
along ni nama kat rumah.. Makcik Chah, Pakcik Kerie, adik-beradik aku semua panggil aku along...jiran2 aku kat Karak pun panggil aku along...kalau tak along pun, diorang panggil aku along Nazri...famili belah Pakcik Kerie (Kg. Lengkong) panggil aku along dilla...sebab dah ada sorang lagi Long dalam famili tu..anak mak ngah aku si Long Nor...kalau famili belah Makcik Chah (Kg. Sg. Rabit) orang panggil along Karak...ni sebabnyer terlalu ramai sangat sepupu aku yang dipanggil along...kawan2 adik2 aku pu panggil aku along..maybe diorang hormat dan anggap aku macam kakak diorang kot...uiiihhhh ramainyer adik...jiran2 aku kat Taman Bunga Raya pun panggil aku along....punya glamor sampai Makcik Chah orang panggil mak along (mak kepada along) dan Pakcik Kerie orang panggil abah along (abah kepada along)...sian kat adik beradik aku yang lain...sebab tak de pulak orang panggil mak angah ke mak syafiq ke mak pahah ke...hihihihii
 
DILLA
dilla ni kawan2 sekolah tadika (Tadika Kemas, Kg. Tanjung), sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Karak), dan sekolah menengah (Sekolah Menegah Karak) panggil aku...so, kalau aku terserempak dengan sesape dan ada orang melaung nama aku Dilla, aku tau lah orang tu kawan aku dari group sekolah tadika, sekolah rendah, dan sekoleh menengah Karak...
 
KARAK
dalam banyak2 nickname aku, nickname ni paling tak boleh blah...aku pun tak tau dari mana leh kuar idea nama ni diberi..sape yang memula gelarankan aku Karak pun aku tak sure...tapi ni semua bermula dari aku sekolah kat MRSM Muar dulu...nama ni lekat kat aku sampai aku mengaji kat UTM, Skudai...ni sebab budak Muarian ramai giler kat UTM...so, balik2 kawan aku kat UTM, kawan yang sama aku kat Muar dulu...sampai cikgu kat Muar dan lecturer aku kat UTM pun panggil aku karak...tapi aku tak ada kena mengena dengan hantu kat Hiway Karak tu ye...tak ada hantu pun sebenar nyer...sajer jerk KRU merepek wat filem cakap ader hantu kat Karak tu...
 
NORFA
opismate aku panggil aku Norfa sebab kat opis aku ni ada sistem username/login id untuk masuk segala-mala (ada ke perkataan itu) sistem...Norfa ni memang management dah bagi kat aku time aku memula masuk kerja dulu..tak boleh pilih sendiri k...kalau boleh, aku dah pilih lah nickname aku Lisa ke Erra ke...
 
MEKLA/KAKLA
ni nama aku kalau aku balik Kelantan...famili tok laki aku akan panggil aku mekla/kakla..sesuai kan nama tu kalau kat kelantan...bila dengar pun dah menunjukkan Kekelantanist aku (sila baca aku sayang Pahang sangat!!)...so, bila aku dah move permanently ke Kelanan nanti, nickname ni lah yang aku akan guna pakai...
 
MAMA
ni dah tentu2 lah si Mia tu yang panggil dan tok laki aku juga...sooo mama lahkan aku ni...nape aku tak pilih untuk dipanggil ibu ekk?sebab nyer aku ni sangat lah ganas..ibu tu untuk wanita2 ayu sahaja (pendapat penulis semata2)...nak panggil mommy?momy tu sesuai untuk orang kaya raya yang ada membership golfclub jerk aku rasa (juga pendapatan penulis semata-mata!!!)
 
sebenarnya ada kelebihan jugak ada banyak nickname ni macam baru-baru ni, aku baru tukar handphone, so nombor2 kengkawan aku banyak yang hilang...nak dijadikan cerita, ada lah yang sms dan whatsapp aku...nombor telepon tu tak kuar nama lah pulak kan...sah2 aku tak tau sape yang menghantar...tapi aku boleh cam bila diorang panggil aku Karak dan Norfa...so kat situ aku tau tu kawan aku yang mana...akhir kata, nickname kita tu melambangkan peribadi diri kita...iye ke?ntah...tp time aku sekolah dulu, memang aku nakal dan lasak sikit...tu yang sesuai sangat kan ngan KARAK tu...

Monday 2 April 2012

Positif @ Negatif?

setelah beberapa hari aku tak berapa sihat, akhirnya berjaya juga mengpublish (perkataan baru) entry terbaru...

Tajuk di atas sangat kena mengena dengan kesihatan aku yang on off ni..dugaan dari Nya...ampunkanlah dosa-dosa ku YaAllah...

SO!!! Moh lah baca enrty merepek aku yang seterusnya...hohoho aku sebenarnya mengalami batuk berpanjangan on dan off sejak 2, 3, 4 menjak ni...dalam 3,4 bulan jugak lah...tidor malam jerk aku batuk, pas minum ais je aku batuk, pas makan makanan bergoreng jerk aku batuk, pendek yang kata, panjang tak kata apa2, aku batuk jerk lah sampai orang di sekeliling aku terutama tok laki, opismate, famili dan lain2, naik menyampah lah ngan batuk-batukkan aku :( hilang keDatinan aku tau bila dok batuk jerk...dugaaaaaannnn

aku dah pegi beberapa klinik swasta untuk check dan hasilnyer doktor cakap aku ni elergi ngan ais, habuk blablabla...tapi hati ni tak sedap sebab tak hilang2 batuk nyer...sampai time aku nak bercakap ngan customer (pekerjaan aku adalah rahsia!!), pun kena tahan2 batuk tu...dugaaaaaannn

sampai lah 1 hari dalam minggu lepas tu aku dah tak tahan sagat, aku pun ajak lah tok laki g klinik kesihatan (kerajaan) untuk check kat situ pulak...pada aku, klinik kesihatan ni, doktor2 nyer details sikit dari doktor swasta...so, mana lah tau kot2 diorang boleh detect problem aku kan...so, doktor tu (perempuan yang aku tak tau nama tp pangkat akak...) suh aku wat ujian kahak...doktor suspek aku TIBI...macam kena hempuk ngan batu jerk kepala bila doktor cakap aku suspek TIBI tu...sedey...

nak dijadikan cerita, ujian itu memerlukan aku untuk memberikan kahak sebanyak 3 kali...tp tetiba lah pulak kan, aku tak batuk lah pulak time kena bagi kahak tu...sumpah tension!!!puas berusaha akhirnya berjaya aku mendapatkan kahak itu (snugguh selekeh kan.....) so kena datang amik result pada hari Isnin 2hb April 2012...

time aku nak g amik result tu, time tu lah tok laki kesayangan aku ada dating meeting kat Terengganu...ishhhh dia selalu macam ni tau...so, terpaksalah gigih drive sengsorang (padahal memang selama ni pun aku drive sendiri nak pegi mana2)...aku ni mandi tak basah tidor tak lena, makan tak kenyang (aku kehilangan berat 3kg time ni ok!!), make up tak lawo (lawo ke semalam ni?), pegi lah ke klinik untuk amik result...dan resultnyer aku NEGATIF TIBI...alhamdulillah...

seperti doktor swasta, doktor kerajaan jugak telah mengesahkan aku elergi ngan sejuk, ais, habuk, seafood, asap rokok (tok laki sila berhenti isap rokok kalau sayang kat aku!!!) balik klinik terus macam orang kebulur tak makan seminggu..ni kes setelah result negatif tu...hihihi terus dapat balik 3kg yang hilang tu...

so, aku kena berpantang jumpa lah sikit kan...sila byebye kepada ais, seafood, goreng pisang (sedey!!)

kepada kengkawan yang dok berteka-teki tentang kenapa aku g check up tu, sila maklum bahawa Mia belum nak dapat adik lagi..belum ada rezeki sebenarnya..doakan aku ye kawan2...

semoga berjumpa lagi :)