nuffnang

Sunday 25 October 2015

Resepi Bread Butter Pudding Sedap versi Norfadilla

Bahan-bahan:
  1. 2 cawan susu full krim
  2. 1/2 cawan gula kastor
  3. 3 biji telur
  4. 1 sudu kecil esen vanilla
  5. 8 keping roti (biasa saya guna butterscotch tapi hari i try guna roti raspberi pula)
Cara-cara:
  1. Sapu loyang dengan butter.
  2. Roti potong 4 dan susun dalam loyang.
  3. Susu + gula + telur + esen vanilla = pukul sampai gula hancur dan sebati.
  4. Tuang bancuhan kedalam loyang roti.
  5. Bakar 170-180 darjah celcius selama 40 minit (oven kena panaskan dalam 10 minit dahulu)

Cadangan hidangan:
  1. Boleh makan dengan vabilla sauce tapi kalau malas, boleh makan dengan ice cream vanilla.
  2. Resepi vanilla sauce malas nak type. Aci tak? Hikhikhik.
  3. Senang je buat ni. Dan konpem sedap dari korang makan kat hotel.
Barang-barang untuk membuat bread butter pudding yang sedap


Selepas keluar dari oven.
 
Rupa bread butter pudging yang sedia untuk dinikmati.
 
 
 

Resepi Mee Sup Mudah

Bahan-bahan untuk sup:
  1. Tulang ayam
  2. Bebola ikan
  3. 1 sup bunjut adabi
  4. Bawang merah
  5. Bawang putih
  6. Halia
  7. Bunga kobis, carrot
  8. Garam secukup rasa 
  9. Daun bawang, daun sup

Cara-cara buat sup:
  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia sehingga perang. Hiris ke tumbuk? Ikut rajin ke tak nak basuh lesung batu. Kalau rajin, saya tumbuk, kalau malas, saya hiris. Hikhikhik.
  2. Masukkan tulang ayam, bebola. Biarkan seketika. 
  3. Masukkan air & sup bunjut. 
  4. Setelah mendidih, masukkan sayur dan perisakan dengan garam. Saya tak guna Abang Aji sebab kadang-kadang ingat nak beli kadang-kadang lupa. Hikhikhik.
  5. Saya letak sekeping asam keping untuk menghilangkan hanyir ayam.
  6. Setelah semua masak, taburkan daun bawang & daun sup.

Bahan-bahan untuk sambal kicap:
  1. Cili padi Thai yang kaler hijau panjang-panjang tu segengam
  2. 1-2 ulas bawang putih
  3. Gula
  4. Garam
  5. Kicap kipas udang

Cara-cara membuat sambal kicap:
  1. Blend cili padi, bawang putih, garam & gula guna blend kering.
  2. Masukkan kicap dan sesuaikan rasa.

Cadangan hidangan:
  1. Celur mee kuning atau bihun.
  2. Potong cili besar merah.
  3. Potong limau nipis.
  4. Tuangkan sup.
  5. Tadaaaaaa.. Siap dah mee sup mudah, sedap.


 

Puding Berkuah Express

Bahan-bahan:
  1. 1 paket jeli jenama Nona
  2. Susu cair
  3. Buah-buahan campuran di dalam tin   

Cara-cara:
  1. Masak jeli seperti diarahan di kotak.
  2. Sejukkan jeli.
  3. Hidangkan bersama susu cair dan buah-buahan campuran.
Mudahkan! Cubalaaaaahh.
Ni kira kes emergency kalau ada orang nak datang rumah secara mengejut tapi tak tahu nak hidang apa. Tapi pastikan kena adalah barang-barang tu semua kat dapur. So, pergi Giant/Tesco lepas ni boleh lah beli stok untuk tujuan kecemasan ye!