nuffnang

Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Sunday, 25 October 2015

Resepi Nasi Lemak Mudah

Bahan-bahan untuk nasi lemak:
  1. 3 pot beras (saya guna beras cap serindit - beli kat Kelantan)
  2. 1 1/2 pot santan pekat
  3. 4 1/2 pot air
  4. 1 biji bawang besar merah - dihiris
  5. 1 inci halia - dihiris
  6. Daun pandan - disiat-siat dan disimpul
  7. Sesudu majerin
  8. Garam secukup rasa

Cara-cara untuk membuat nasi lemak:
  1. Basuh beras.
  2. Satukan kesemua bahan di dalam periuk nasi (saya guna periuk nasi elektrik.
  3. Masak seperti biasa
  4. Penggunaan majerin dalam memasak nasi lemak adalah untuk menjadikan nasi berkilat.

Bahan-bahan untuk sambal ikan bilis:
  1. 2 gengam ikan bilis  (tangan saya kecik..so gengaman pun kecik.. hikhikhik)
  2. 3 biji bawang besar merah dimayang
  3. 2 senduk nasi cili kisar
  4. Garam & gula secukup rasa (saya guna nisan kerek - gula melaka)
  5. 1 atau 2 keping asam keping (saya tak pandai guna asam jawa ketika memasak)

Cara-cara untuk membuat sambal ikan bilis:
  1. Goreng ikan bilis bagi layu, ketepikan.
  2. Goreng bawang yang dimayang juga sehinggan layu, ketepikan.
  3. Tumis cili kisar sehingga masak menggunakan minyak yang banyak. Tips mendapatkan warna sambal yang cantik adalah penggunaan minyak yang banyak ketika memunis cili. 
  4. Masukkan ikan bilis & bawang yang telah digoreng.
  5. Tambahkan air mengikut selera (saya suka sambal yang berkuah sedikit).
  6. Perisakan dengan garam & gula.

Nasi lemak saya biasanya dihidangkan bersama timun, ikan bilis goreng garing, kacang tanah goreng garing, telur puyuh rebus dan telur mata kerbau.

Selamat mencuba nasi lemak mudah dan gerenti sedap (perasan..hikhikhik).



 

Tuesday, 22 May 2012

Nasi Dagang MIL Saya

Assalamualaikum

aku tak pandai masak nasi dagang
nak belajar tapi tak ada masa
beras nasi dagang dah jadi bubuk dah

harharhar

ni yang MIL aku masak untuk anak menantu yang balik masa cuti Hari Buruh ari tuh
bapak lama dah kan

harharhar

aku cuma tolong buat acar jerk wei
yang lain semua MIL aku dah bereskan
aku cuma perlu bersila sahaja
nasib baik tak de yang boleh tolong kunyahkan

harharhar

korang yang tak ada kena mengena ngan orang kelantan suka makan nasi dagang?
sori tu say ye, kat KL nih memang tak jumpa punya yang betoi2 sedap
susah dowh
nantilah aku belajar buat, aku share resepi ngan korang k



ni pinggan aku
harharhar
sibuk isi pinggan sendiri
pinggan tok laki aku, aku tak amik pun dah rak pinggan
giler sewel aku nih kan



set nak dagang MIL aku
ada gulai ayam (anak menantu tak suka sangat ikan aya)
ada telur rebus
ada acar timun



hahaha gempak tak menghidang guna besen
ni kes dah kebulur sangat
dapat lak menantu yang RAJIN macam aku, lagi lah kan

harharhar

Thursday, 17 May 2012

Resepi Nasi Kerabu

assalamualaikum

enrty ini sangat lama aku peram untuk aku perabihkan resepi nya
sesusah nak buat nasik kerabu, sesusah itu aku nak menaip resepi nya
sesapa yang dah rasa nasik kerabu aku, mereka tahu betapa tak menyesal mereka berkawan ngan aku!!
ni resepi ibu mertua ku
walau tak sebijik segibon namun bila tanya tok laki aku, dia kata dah ok
dan dah beberapa kali aku buat, hasil tetap konsisten (baca HEBAT!!)
aku tak masak nasik kaler biru atau kuning
sebab?
mak mertua aku pun awat kaler putih jerk

SAMBAL KELAPA & IKAN
5 ekor ikan  sardin/selayang, dibakar dan diambil isinya
½ biji kelapa parut
1 camca teh garam
sedikit gula
5 biji bawang merah, ditumbuk lumat
sehiris halia, ditumbuk lumat
10 biji lada hitam, ditumbuk lumat

Cara Menyediakannya
1) Campurkan kesemua bahan dan disangai atas api kecil sehingga agak kering.
2) Kemudian ditumbuk halus tetapi jangan sampai pecah minyak.
3) Campur isi ikan dan gaul rata

CILI PADI JERUK
1) Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.
2) Campurkan 1 camcateh garam, 2 sudu besar gula dan ½ cawan cuka.
3) Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.

TUMIS BUDU
1 senduk budu
5 biji cili kering
5 biji bawang merah ditumbuk l
2 biji bawang putih
sehiris halia
1 batang serai, dititik
sedikit gula kerek dan serbuk perasa, jika suka
½ biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan
asam keping

Cara Menyediakannya

1) Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
2) Masukkan bahan-bahan tumbuk, budu, serai, gula merah dan asam keping. Masak lagi hingga pekat dan agak kering.
3) Sesuaikan rasa dan angkat.

ULAM - kesemua bahan ulam dihiris halus
10 tangkai daun kesum
5 batang kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
½ biji timun
1 biji bawang besar


* sedap makan ngan telur masin, keropok goreng, ayam goreng upin ipin, budu perah asam limau
* aku guna BUDU CAP KETEREH
* gula KEREK ialah gula dari Kelantan macam gula melaka tuh

SELAMAT MENCUBA!!!