nuffnang

Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Tuesday, 10 July 2012

Mia Nak Dapat Adik!!

Assalamualikum

yeee
iAllah + alhamdulillah + syukur Mia akan mendapat adik
mama mia dah mengandungkan adik mia 6 minggu dah
so mama mia tak berapa nak rajin memasak dah
hehehe

 
Kandungan kedua ini sememangnya dirancang
memandangkan mia dah pun 3tahun dan tahun depan mama mia pun dah 30tahun
dan papa mia pun dah kerja di Kuala Lumpur sahaja
tak ada lagi outstation (setakat ini)
bila lagikan mia nak beradik
ini adalah masa yang sesuai mia beradik
syukur kerana Allah mempermudahkan rezeki ini kepada kami
berita kehamilan mama mia ini diperolehi semasa mia menyambut besday dia yang ke-3 ari tuh
kalau sebelum nih mia tak nak adik, tapi sejak tahu mama mia ada bawak adik mia dalam perut, mia terus sayang adik mia
semoga mia akan sayang adik mia selama-lamanye iAllah
so, mama dan papa mia tak bagi hadiah lain dah untuk mia
hehehe
kedek giler kan

Alhamdulillah
kandungan kedua nih mama mia tak ada alahan sangat
tak macam mengandungkan mia dulu
ada jugak muntah-muntah kali nih tapi tak kuat sangat
tapi yang perasannya ialah, mama mia tak berapa rajin nak masak dan nak tidor cepat jerk
kul 9 malam dah masuk bilik
papa mia yang sebelum ini tak penah sentuh sabun pasuh pinggan dah tolong sikit-sikit basuh pinggan
hehehe
akhirnya
rezeki gak tuh kan kalau ada orang tolong basuh pinggankan

Semoga mama mia tak mabuk teruk-teruk sangat dan boleh berpuasa penuh tahun ini
yeee...
kita dah nak puasa
mama mia dah tempah baju raya
sob sob sob
sebab rasanyer dah tak boleh pakai baju raya yang 4 pasang tuh nanti
tapi mama mia dah spare siap2 baju raya mengandung
sebab takut2 dah mengandung time raya
lol
mama mia seorang yang sengal!!!

Akhir kata
aku memohon kepada Mu ya Allah
permudahkanlah kandungan ku yang kedua ini
lindungi aku dan kandungan ini dari sebarang musibah ya Allah
jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah ya Allah
jadikanlah anakku ini sesempurna kakaknya ya Allah
jadikanlah anakku ini sebaik kakaknya ya Allah
jadikanlah anakku ini secomel kakaknya ya Allah
jadikanlah anakku ini secerdik kakaknya ya Allah
jadikanlah aku ibu yang baik kepada anak2ku ya Allah



Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 19 June 2012

Aku Ada, Kau?

 Assalamualaikum

setiap orang ada kelebihan dah kekurangan
ada yang boleh diperbaiki
ada dah memang semula jadi
tapi tolong jangan bandingkan kelebihan korang dengan kekurangan diri aku
aku dah bosan kot kalau asyik orang cakap aku gemook, aku hitamm
hahahaha
tetiba sentapkan
iye aku sentap dengan orang sekeliling yang asyik nak cari kekurangan orang lain
sila buat baik dengan aku kalau nak "menumpang makanan aku!!"
aku gemook ke aku hitam ke, aku tak mintak makanan orang!!
aku masak sendiri
okeyyy
tetiba aku sentap
mengenang orang yang suka mengata orang tapi nak jugak mengendeng kat orang tuh
kannn
kalau dah korang tuh cantik dan putih (atau isteri/suami cantik dan putih) masak sendirilah nak makan apa!!!
tak malu ekk mintak makanan aku?

hahahaha
dah boleh gelak dah
tok laki aku telah pulang ke Kelantan Darul Naim
dia melawat datuk tercinta yang kurang sihat
doakan kesihatan datuk kami ye kawan2

bila dia dah balik rumah, ofcoz aku nak hidangkan makanan yang sedap2 kan
dan aku memilih nak buat Pulut Kuning dengan Rendang Ayam
nak resepi?
korang googlelah
malas aku nak tulis
tak sedap pun resepi aku
aku just nak share gambar jerk
silalah tengok gambar-gambar di bawah yeee


rendang ayam Mak Jemah
buat sikit jerk
setengah ekor!!


konon nak deko2 bagai
sekali ngan serai-serai aku letak


memang tak jadi deko aku weiii!!!


hahahaha
memang tak jadi
tak payah lah nak deko2 bagaikan


sekali aku hidang macam nih jerk senang
pulut aku tak kuning sangat
sebab aku letak sikit jerk serbuk kunyit wat syarat
skali pucat dowh!!!


bukti betapa sedapnya rendang aku!!!
jangan tengok sajer
buatkan untuk suami anda yang tersayang
walaupun kita penat kerja, diorg pun teringin nak makan masakkan dari air tangan bini dia

Monday, 2 April 2012

Positif @ Negatif?

setelah beberapa hari aku tak berapa sihat, akhirnya berjaya juga mengpublish (perkataan baru) entry terbaru...

Tajuk di atas sangat kena mengena dengan kesihatan aku yang on off ni..dugaan dari Nya...ampunkanlah dosa-dosa ku YaAllah...

SO!!! Moh lah baca enrty merepek aku yang seterusnya...hohoho aku sebenarnya mengalami batuk berpanjangan on dan off sejak 2, 3, 4 menjak ni...dalam 3,4 bulan jugak lah...tidor malam jerk aku batuk, pas minum ais je aku batuk, pas makan makanan bergoreng jerk aku batuk, pendek yang kata, panjang tak kata apa2, aku batuk jerk lah sampai orang di sekeliling aku terutama tok laki, opismate, famili dan lain2, naik menyampah lah ngan batuk-batukkan aku :( hilang keDatinan aku tau bila dok batuk jerk...dugaaaaaannnn

aku dah pegi beberapa klinik swasta untuk check dan hasilnyer doktor cakap aku ni elergi ngan ais, habuk blablabla...tapi hati ni tak sedap sebab tak hilang2 batuk nyer...sampai time aku nak bercakap ngan customer (pekerjaan aku adalah rahsia!!), pun kena tahan2 batuk tu...dugaaaaaannn

sampai lah 1 hari dalam minggu lepas tu aku dah tak tahan sagat, aku pun ajak lah tok laki g klinik kesihatan (kerajaan) untuk check kat situ pulak...pada aku, klinik kesihatan ni, doktor2 nyer details sikit dari doktor swasta...so, mana lah tau kot2 diorang boleh detect problem aku kan...so, doktor tu (perempuan yang aku tak tau nama tp pangkat akak...) suh aku wat ujian kahak...doktor suspek aku TIBI...macam kena hempuk ngan batu jerk kepala bila doktor cakap aku suspek TIBI tu...sedey...

nak dijadikan cerita, ujian itu memerlukan aku untuk memberikan kahak sebanyak 3 kali...tp tetiba lah pulak kan, aku tak batuk lah pulak time kena bagi kahak tu...sumpah tension!!!puas berusaha akhirnya berjaya aku mendapatkan kahak itu (snugguh selekeh kan.....) so kena datang amik result pada hari Isnin 2hb April 2012...

time aku nak g amik result tu, time tu lah tok laki kesayangan aku ada dating meeting kat Terengganu...ishhhh dia selalu macam ni tau...so, terpaksalah gigih drive sengsorang (padahal memang selama ni pun aku drive sendiri nak pegi mana2)...aku ni mandi tak basah tidor tak lena, makan tak kenyang (aku kehilangan berat 3kg time ni ok!!), make up tak lawo (lawo ke semalam ni?), pegi lah ke klinik untuk amik result...dan resultnyer aku NEGATIF TIBI...alhamdulillah...

seperti doktor swasta, doktor kerajaan jugak telah mengesahkan aku elergi ngan sejuk, ais, habuk, seafood, asap rokok (tok laki sila berhenti isap rokok kalau sayang kat aku!!!) balik klinik terus macam orang kebulur tak makan seminggu..ni kes setelah result negatif tu...hihihi terus dapat balik 3kg yang hilang tu...

so, aku kena berpantang jumpa lah sikit kan...sila byebye kepada ais, seafood, goreng pisang (sedey!!)

kepada kengkawan yang dok berteka-teki tentang kenapa aku g check up tu, sila maklum bahawa Mia belum nak dapat adik lagi..belum ada rezeki sebenarnya..doakan aku ye kawan2...

semoga berjumpa lagi :)

Monday, 26 March 2012

monday yang tak blues

Bila Isnin je, bukak FB, bersepah ngan friend yang post berkaitan Monday Blues..yang cikgu malas nak pegi sekolah, yang doktor malas pegi klinik, yang engineer malas pegi site..tu belum lagi si anak yang malas g nursery <----- itu Mia lah tuh kannn
Tambah pulak ngan jem di sana sini..ngan kereta yang berlambak2 atas jalan raya..bikin hati jadi panas bila ada driver vodos potong Q!!!
Tapi aku tak blues macam orang lain..sebab?aku keje shift..kalau kena keje weekend, tu yang jadi Weekend Blues!!
Hepi working alls..