Bahan-bahan:
- Pulut (saya guna 1kg)
- 1 paket kecik santan (RM2.00)
- 1 cawan air
- Garam
- Serbuk Kunyit
Cara-cara:
- Rendam pulut dengan air bersama serbuk kunyit sekurang-kurangnya 4jam.
- Panaskan kukusan, bila dah mendidih, kukus pulut untuk round pertama selama 20minit.
- Masak santan dengan secawan air serta garam sehingga mendidih.
- Tahap kemasinan bergantung kepada selera masing2.
- Angkat pulut dan letakkan dalam bekas besar. Tuang santan dan gaul sebati.
- Masukkan semula pulut ke dalam kukusan dan kukus semula selama 20 minit.
- Insya Allah, pulut yang dikukus 2 kali ni tahan lama dan tidak mudah basi.
No comments:
Post a Comment