nuffnang

Wednesday 13 June 2012

Kuih Bom Bijan


Assalamualaikum

siap berkuih bagaikan aku time off
hahaha
serius babe!!
aku memang suka memasak
bagi aku time muda lah kena belajar memasak
walaupun orang cakap tak berbaloi kalau setakat makan laki bini jerk
tapi aku pun bukan all the time memasakkan
sekali sekala jerk
falsafah aku memasak sangat mudah
"memasaklah ketika muda supaya ketika tua nanti, anak-anak dan menantu akan balik ke rumah kita bila mereka rindukan air tangan ibu mereka"
jangan nanti dah tua korang sentap anak-anak korang asyik balik rumah mertua diorang sebab mertua diorang tuh masak sedap2 kan
hahahaha
tu belum lagik korang tau besan korang tuh aku rupanya
memang dah terlewatlah kalau baru nak belajar memasak
hahahaha
ayat macam ko hebat sangat jerk kan
layaaannnnn
wish list aku untuk memasak sangat lah panjang berjela lagi
doakan aku semoga tercapai masak semua tuh
nak tengok wish list aku?
nanti aku share!!!

Bahan Untuk Inti Kelapa:
1 bijik kelapa - amik putih sahaja (kat KL susah ekk nak cari kepala muda sikit)
4 keping gula kerek (bahan wajib ada dalam petia ais aku...apa gula kerek? sila google)
1 cawan air
daun pandan untuk wangi
1 sudu tepung gandum untuk melikatkan inti
* masak air + gula kerek sampai cair gula tuh + daun pandan
* masukkan kelapa
* masak sampai masak hahaha
* last bila dah lembut kelapa tuh, leh masukkan tepung gandum
* kacau lagi sampai bersatu...wahhhhh

# kalau tak ada gula kerek, korang boleh ganti ngan gula merah @ gula melaka
# kalau gula korang tak manis, leh tambah gula putih

Bahan2 Resepi Kuih Bom Bijan Gerenti Jadi:
3 cawan tepung pulut
1 cawan tepung beras
2 cawan air gula (jangan manis sangat - aku isi sesudu yang membumbung jerk gula dalam air tuh)
* satukan semua bahan tuh sehingga tepung tuh boleh diuli dah tak melekat2 di tangan anda
* amik tepung bulatkan kecik2, pastu isi inti kat tengah2, golekkan atas bijan dan gorengkan
* agak2 bijan dia dah perang bukan hangus yeee boleh lah angkat
* selamat mencuba
* sumpah senang dah jadi


siot jerk kan si Yana & Si Dilla a.k.a kembar aku
ada ke patut diorang kutuk daun pandan penyeri gambar tuh
haissshhhh


chantek tak kuih aku?
hehehe
sedap wei
masuk bakul angkat sendiri

* ni kuih fabret tok laki aku
* aku wat dengan penuh kasih sayang
* mama luv you papa
* korang jangan muntah ijau pulak bila baca

hahaha

1 comment: