# ini adalah pendapat penulis semata-mata..kalau korang tak setuju, sila buat blog sendiri dan tulis pendapat korang..harharhar
Ok!! Aku & tok laki pentravel (sori cikgu bahasa melayu) long distance kategori heavy gak lah..coz kampung tok laki aku kat Kelantan dan tempat mencari rezeki dia pulak kat Terengganu..kekerapan pulak kalau balik Kelantan tu 4 ke 5 kali setahun..g Terengganu pulak, kalau drive tu dalam sebulan sekali gak lah..tp kalau dia naik bas @ flight, memang tiap-tiap minggu derrr..
Kalau drive berdua biasa memang kitorang ni bergilir..kengkadang sangat lah kitorang full drive sorang- sorang..aku selalu gak tanya tok laki aku nape dia nak bergilir?sebab majoriti kengkawan aku tak akan drive..biasa hubby diorang akan drive..so antara jawapan berunsur soalan yang selalu tok laki aku bagi kat aku ialah:
Emmmm ni soal tak percaya kat isteri yang drive ke atau kesian kat isteri ke atau suami rasa memang dah tanggungjawab suami kena drive ke atau sayang bini ke?
Ni pulak pendapat aku:
Kalau sebab tak percaya kat bini, aku rasa JPJ tak akan bagi lesen kot kat isteri tuh kalau isteri tuh tak pandai bawak kete kan..macam mana nak pandai kalau si suami tak bagi peluang kat isteri yang drive?practice make perfect kan..tak practice macam ne nak perfect!!!kalau rasa no body perfect, tak payah practice..tunggu lah si suami masuk hospital nanti baru lah si isteri belajar memandu untuk balik ke kampung halaman!!!
Kalau bab kesian atau sayang kat isteri?emmmm si ieteri tuh tak kesian ke kat suami?si isteri tuh tak sayang ke kat suami?kalau tanya aku..jawapan aku ialah aku sayang tok laki aku..aku kesian kat dia..so sebab tu aku rajin nak drive..pendapat aku, kalau nak suami mudah ngan kita, kita pun kena lah mudah dan tak berkira ngan suami..ke korang pikir macam ne?
Disebabkan aku biasa sangat drive, bila time tok laki aku drive, aku selalu mengomen itu dan ini..hihihi laju sangat lah (walaupun aku sendiri naik atas hiway 160km/j)..turut dekat sangat lah..memotong ala giler-giler..terutama time atas Bukit 7..sumpah aku tak boleh tidor k..harharhar tapi time aku yang drive..tak sampai 5km, tok laki aku dah berdengkur dah..haishhhj sungguh sengal!!!so aku dah jadi kategori si suami yang tak percaya kat si isteri lah pulak kan time ni..hehehehe
Kelebihan bila isteri drive, diorang ni ala-ala berhati-hati gitu (sangat berhati-hati sampai tak berani potong lori balak atas Bukit 7)..tak mudah panas hati (isteri orang lain..isteri tok laki aku, hobi time bawak kete ialah hon dan bagi lampu kat orang depan yang terhegeh-hegeh!!)..
Kekurangan???hahaha time emergency atau kejadian yang tetiba berlaku contoh elak lopak air ke..elak binatang-binatang melintas ke..ni isteri memang FAIL hokey..mudah menggelabah lah pendek kata kan..tapi aku masih mengekalkan eksiden free k..semoga selamanyer aku eksiden free..ameen
Hasil pemanduan ganti-ganti kami dan tekan minyak macam esok tak naik kete dah, setiap kali kitorang pegi Terengganu, mesti ada hasil atau hadiah dari inspektor sahab (saman speedtrap!!!) menyampah aku hokey..1 saman leh dapat 1 kain sutera tu..ishhhhh mencik hokey bila kenang list saman yang bertotal 11 tuh..
Ok!!dah abih dah..
Tapi ni semua pendapat aku semata-mata..kata blog aku kan..lantak aku lah..hohoho
No comments:
Post a Comment