Sup:
Ayam (bahagian2 tulang temulang)
Fish ball (chicken ball pun boleh)
Carrot
Sup bunjut
Lada hitam
Bahan-bahan tumbuk (jangan hancur sangat..) & tumiskan:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bahan-bahan hiris:
Daun sup
Daun bawang
Cara-cara:
1. aku akan rebus ayam, carrot, fish ball
2. pastu aku tumis asing yang bahan-bahan tumbuk tu...tumis sampai garing..bukan hangit dan rentung ye...
3. kautkan dan letak dalam periuk yang korang rebus ayam tu..
4. perisakan ngan garam dan pak haji (pak haji ni, kalau suka boleh letak..kalau tak suka, tak aper..aku tak guna pun pak haji ni...)
5. Celur mee..hidangkan ngan sambal kicap...
Siap!!!
TIPS: aku biasa letak sekeping kecik asam keping dalam sup untuk mengelakkan bau hanyir ayam..jgn letak banyak..kang masam pulak kan...
No comments:
Post a Comment