nuffnang

Wednesday, 4 April 2012

Ada Apa Pada Namaku?

entry kali ni aku nak cerita pasal nama...ni pas dengar Hot Chat HotFM pagi Selasa ari tuh..so, kita mulakan dengan nama penuh dalam IC aku adalah (rahsia) bahaya kot bagitahu nama penuh ngan ejaan sekali kan...nama penuh aku tu telah diberikan oleh Makcik Chah (mak aku k!!) dengan membawa maksud di dalam Bahasa Arab nyer ialah Yang Utama/Keutamaan (may be aku sulong kot kan!!)...antara sebab musabab Makcik Chah tu bagi nama aku macam tu ialah kerana time dia muda-muda dulu ada sepasang adik beradik ni yang pandai mengaji al-Quran...yang kakak tu dinamakan aku dan yang adik tu, Makcik Chah namakan nama Adik Ijah (adik bawah aku) aku..
 
Nama aku dan nama Adik Ijah ni memang glamor time Makcik Chah tu beranakkan kitorang kot sebab giler ramai kawan-kawan aku yang sama nama ngan aku dan Adik Ijah time aku sekolah, masuk U dan kat tempat kerja...ala2 nama glamor zaman sekarang ni macam Mia, Danish, Balqish...kalau tak percaya, tunggu next 20years mesti ramai manusia berumur 20an nama macam tu...
 
ALONG
along ni nama kat rumah.. Makcik Chah, Pakcik Kerie, adik-beradik aku semua panggil aku along...jiran2 aku kat Karak pun panggil aku along...kalau tak along pun, diorang panggil aku along Nazri...famili belah Pakcik Kerie (Kg. Lengkong) panggil aku along dilla...sebab dah ada sorang lagi Long dalam famili tu..anak mak ngah aku si Long Nor...kalau famili belah Makcik Chah (Kg. Sg. Rabit) orang panggil along Karak...ni sebabnyer terlalu ramai sangat sepupu aku yang dipanggil along...kawan2 adik2 aku pu panggil aku along..maybe diorang hormat dan anggap aku macam kakak diorang kot...uiiihhhh ramainyer adik...jiran2 aku kat Taman Bunga Raya pun panggil aku along....punya glamor sampai Makcik Chah orang panggil mak along (mak kepada along) dan Pakcik Kerie orang panggil abah along (abah kepada along)...sian kat adik beradik aku yang lain...sebab tak de pulak orang panggil mak angah ke mak syafiq ke mak pahah ke...hihihihii
 
DILLA
dilla ni kawan2 sekolah tadika (Tadika Kemas, Kg. Tanjung), sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Karak), dan sekolah menengah (Sekolah Menegah Karak) panggil aku...so, kalau aku terserempak dengan sesape dan ada orang melaung nama aku Dilla, aku tau lah orang tu kawan aku dari group sekolah tadika, sekolah rendah, dan sekoleh menengah Karak...
 
KARAK
dalam banyak2 nickname aku, nickname ni paling tak boleh blah...aku pun tak tau dari mana leh kuar idea nama ni diberi..sape yang memula gelarankan aku Karak pun aku tak sure...tapi ni semua bermula dari aku sekolah kat MRSM Muar dulu...nama ni lekat kat aku sampai aku mengaji kat UTM, Skudai...ni sebab budak Muarian ramai giler kat UTM...so, balik2 kawan aku kat UTM, kawan yang sama aku kat Muar dulu...sampai cikgu kat Muar dan lecturer aku kat UTM pun panggil aku karak...tapi aku tak ada kena mengena dengan hantu kat Hiway Karak tu ye...tak ada hantu pun sebenar nyer...sajer jerk KRU merepek wat filem cakap ader hantu kat Karak tu...
 
NORFA
opismate aku panggil aku Norfa sebab kat opis aku ni ada sistem username/login id untuk masuk segala-mala (ada ke perkataan itu) sistem...Norfa ni memang management dah bagi kat aku time aku memula masuk kerja dulu..tak boleh pilih sendiri k...kalau boleh, aku dah pilih lah nickname aku Lisa ke Erra ke...
 
MEKLA/KAKLA
ni nama aku kalau aku balik Kelantan...famili tok laki aku akan panggil aku mekla/kakla..sesuai kan nama tu kalau kat kelantan...bila dengar pun dah menunjukkan Kekelantanist aku (sila baca aku sayang Pahang sangat!!)...so, bila aku dah move permanently ke Kelanan nanti, nickname ni lah yang aku akan guna pakai...
 
MAMA
ni dah tentu2 lah si Mia tu yang panggil dan tok laki aku juga...sooo mama lahkan aku ni...nape aku tak pilih untuk dipanggil ibu ekk?sebab nyer aku ni sangat lah ganas..ibu tu untuk wanita2 ayu sahaja (pendapat penulis semata2)...nak panggil mommy?momy tu sesuai untuk orang kaya raya yang ada membership golfclub jerk aku rasa (juga pendapatan penulis semata-mata!!!)
 
sebenarnya ada kelebihan jugak ada banyak nickname ni macam baru-baru ni, aku baru tukar handphone, so nombor2 kengkawan aku banyak yang hilang...nak dijadikan cerita, ada lah yang sms dan whatsapp aku...nombor telepon tu tak kuar nama lah pulak kan...sah2 aku tak tau sape yang menghantar...tapi aku boleh cam bila diorang panggil aku Karak dan Norfa...so kat situ aku tau tu kawan aku yang mana...akhir kata, nickname kita tu melambangkan peribadi diri kita...iye ke?ntah...tp time aku sekolah dulu, memang aku nakal dan lasak sikit...tu yang sesuai sangat kan ngan KARAK tu...

No comments:

Post a Comment