nuffnang

Monday, 2 April 2012

Positif @ Negatif?

setelah beberapa hari aku tak berapa sihat, akhirnya berjaya juga mengpublish (perkataan baru) entry terbaru...

Tajuk di atas sangat kena mengena dengan kesihatan aku yang on off ni..dugaan dari Nya...ampunkanlah dosa-dosa ku YaAllah...

SO!!! Moh lah baca enrty merepek aku yang seterusnya...hohoho aku sebenarnya mengalami batuk berpanjangan on dan off sejak 2, 3, 4 menjak ni...dalam 3,4 bulan jugak lah...tidor malam jerk aku batuk, pas minum ais je aku batuk, pas makan makanan bergoreng jerk aku batuk, pendek yang kata, panjang tak kata apa2, aku batuk jerk lah sampai orang di sekeliling aku terutama tok laki, opismate, famili dan lain2, naik menyampah lah ngan batuk-batukkan aku :( hilang keDatinan aku tau bila dok batuk jerk...dugaaaaaannnn

aku dah pegi beberapa klinik swasta untuk check dan hasilnyer doktor cakap aku ni elergi ngan ais, habuk blablabla...tapi hati ni tak sedap sebab tak hilang2 batuk nyer...sampai time aku nak bercakap ngan customer (pekerjaan aku adalah rahsia!!), pun kena tahan2 batuk tu...dugaaaaaannn

sampai lah 1 hari dalam minggu lepas tu aku dah tak tahan sagat, aku pun ajak lah tok laki g klinik kesihatan (kerajaan) untuk check kat situ pulak...pada aku, klinik kesihatan ni, doktor2 nyer details sikit dari doktor swasta...so, mana lah tau kot2 diorang boleh detect problem aku kan...so, doktor tu (perempuan yang aku tak tau nama tp pangkat akak...) suh aku wat ujian kahak...doktor suspek aku TIBI...macam kena hempuk ngan batu jerk kepala bila doktor cakap aku suspek TIBI tu...sedey...

nak dijadikan cerita, ujian itu memerlukan aku untuk memberikan kahak sebanyak 3 kali...tp tetiba lah pulak kan, aku tak batuk lah pulak time kena bagi kahak tu...sumpah tension!!!puas berusaha akhirnya berjaya aku mendapatkan kahak itu (snugguh selekeh kan.....) so kena datang amik result pada hari Isnin 2hb April 2012...

time aku nak g amik result tu, time tu lah tok laki kesayangan aku ada dating meeting kat Terengganu...ishhhh dia selalu macam ni tau...so, terpaksalah gigih drive sengsorang (padahal memang selama ni pun aku drive sendiri nak pegi mana2)...aku ni mandi tak basah tidor tak lena, makan tak kenyang (aku kehilangan berat 3kg time ni ok!!), make up tak lawo (lawo ke semalam ni?), pegi lah ke klinik untuk amik result...dan resultnyer aku NEGATIF TIBI...alhamdulillah...

seperti doktor swasta, doktor kerajaan jugak telah mengesahkan aku elergi ngan sejuk, ais, habuk, seafood, asap rokok (tok laki sila berhenti isap rokok kalau sayang kat aku!!!) balik klinik terus macam orang kebulur tak makan seminggu..ni kes setelah result negatif tu...hihihi terus dapat balik 3kg yang hilang tu...

so, aku kena berpantang jumpa lah sikit kan...sila byebye kepada ais, seafood, goreng pisang (sedey!!)

kepada kengkawan yang dok berteka-teki tentang kenapa aku g check up tu, sila maklum bahawa Mia belum nak dapat adik lagi..belum ada rezeki sebenarnya..doakan aku ye kawan2...

semoga berjumpa lagi :)

No comments:

Post a Comment