nuffnang

Sunday, 29 July 2012

Biskut Raya Untuk Orang Budget!!

Assalamualaikum

hi kawan2
aku sangat tak ada mood nak update blog
bizi ngan keje2 rumah
pastu morning sickness lagik
pastu puasa pulak
hehehe
tapi yang penting, semangat nak memasak masih membara yeee
so hari nih aku nak share biskut-biskut raya yang dah aku buat
share gambar jerk
resepi?
alah, korang carilah kat google
bersepah resepi biskut raya
tahukah korang yang aku tak order sebijik pun biskut raya tahun nih!!
sebab?
sebab tahun nih suami ku tak ada bonus raya macam tahun-tahun sudah
biasa dia dapat binus raya setiap tahun semasa di kampeni lama
dan bonus adalah sangat masyuk!!!
cuma bila dia dah tukar keje, terpaksalah cut mana2 yang tak perlu tapi masih menjanjikan RIANG RIA di HARI RAYA!!!
ehhh riang ke kalau kena kerja dah raya ke-3?
malas aku nak komen ngan pembuat jadual aku
aku pasrah tapi tak redha ngan jadual aku tuh
kalau lah aku boleh dapat keje lain, memang aku tulis dah dalam resignation letter aku tuh reason berhenti sebab unsatisfaction of my raya leave!!!
ehhh dah merepek pasal cuti raya lah pulak kan...
hehehe
so tahu nih aku berazam nak buat kuih raya 20balang!!!
dan aku serius mengenai itu
bukan hangat2 tahi ayam yeee
dan aku dah siap 6 balang yeeee
hohohoho 14 more to go
doakan kejaan aku
tapi mesti ada yang kata "ehhhh biar betoi sampai 20 balang?"
hahaha itu untuk aku, mak aku, mak mertua aku, adik beradik, ipar duai
wahhhh semangatkan
berjayakah aku?
nantikan kisah aku dan kuih raya aku ok!!!



ini adalah biskut raya pertama aku
cornflakes madu
resepi?
aku main campak2 jerk wei
tapi yang penting sedap yang amat!!!
hehehehe
giler kata masakan sendiri tak sedap kan




nih pulak biskut badam
resepi?
alaaaaa cari kat my resepi
bersepah kot
hehehe
sedap jugak yang nih
sebab dia rangup!!!




seterusnya ialah pandan delight
resepi?
kuih semperit + perisa pandan + pewarna hijau tapi acuan luv dan aku celup ngan coklat putih
pastu anak dara ku Mia, tabur manik2 kecik tuh
rasa?
of coz sedap
tak kan aku buat biskut tak sedap
hahaha
giler lah kan
kenapa aku buat biskut nih?
sebab aku suka kaler hijau!!!
so, aku dah bercita-cita nak buat biskut kaler hijau!!!
hahaha
tapi aku bukan ahli PAS yeee
okey, kena buat biskut kaler biru lak pas nih
hahahaha




tadaaaaa
ini bukti aku dah siapkan balang2 nyer yeee
by end of puasa, aku akan agih2 kan kat sape yang aku nak bagi 20 balang tuh
fuhhhhh
adalah anda sebahagian mereka yang terpilih?
siapa tahukannnn :)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 26 July 2012

aku yang malas

as salam semua

bersawang berhabus ber ber ber yang lain weiii
hahaha
sesungguhnya aku tidak de mood nak update blog penangan cuti raya tak approve2 dan alahan baby ku yang kedua ini
banyak cite nak share
nanti aku cerita cerita dan sharing resepi2 ngan korang k
daaaa

Tuesday, 10 July 2012

Mia Nak Dapat Adik!!

Assalamualikum

yeee
iAllah + alhamdulillah + syukur Mia akan mendapat adik
mama mia dah mengandungkan adik mia 6 minggu dah
so mama mia tak berapa nak rajin memasak dah
hehehe

 
Kandungan kedua ini sememangnya dirancang
memandangkan mia dah pun 3tahun dan tahun depan mama mia pun dah 30tahun
dan papa mia pun dah kerja di Kuala Lumpur sahaja
tak ada lagi outstation (setakat ini)
bila lagikan mia nak beradik
ini adalah masa yang sesuai mia beradik
syukur kerana Allah mempermudahkan rezeki ini kepada kami
berita kehamilan mama mia ini diperolehi semasa mia menyambut besday dia yang ke-3 ari tuh
kalau sebelum nih mia tak nak adik, tapi sejak tahu mama mia ada bawak adik mia dalam perut, mia terus sayang adik mia
semoga mia akan sayang adik mia selama-lamanye iAllah
so, mama dan papa mia tak bagi hadiah lain dah untuk mia
hehehe
kedek giler kan

Alhamdulillah
kandungan kedua nih mama mia tak ada alahan sangat
tak macam mengandungkan mia dulu
ada jugak muntah-muntah kali nih tapi tak kuat sangat
tapi yang perasannya ialah, mama mia tak berapa rajin nak masak dan nak tidor cepat jerk
kul 9 malam dah masuk bilik
papa mia yang sebelum ini tak penah sentuh sabun pasuh pinggan dah tolong sikit-sikit basuh pinggan
hehehe
akhirnya
rezeki gak tuh kan kalau ada orang tolong basuh pinggankan

Semoga mama mia tak mabuk teruk-teruk sangat dan boleh berpuasa penuh tahun ini
yeee...
kita dah nak puasa
mama mia dah tempah baju raya
sob sob sob
sebab rasanyer dah tak boleh pakai baju raya yang 4 pasang tuh nanti
tapi mama mia dah spare siap2 baju raya mengandung
sebab takut2 dah mengandung time raya
lol
mama mia seorang yang sengal!!!

Akhir kata
aku memohon kepada Mu ya Allah
permudahkanlah kandungan ku yang kedua ini
lindungi aku dan kandungan ini dari sebarang musibah ya Allah
jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah ya Allah
jadikanlah anakku ini sesempurna kakaknya ya Allah
jadikanlah anakku ini sebaik kakaknya ya Allah
jadikanlah anakku ini secomel kakaknya ya Allah
jadikanlah anakku ini secerdik kakaknya ya Allah
jadikanlah aku ibu yang baik kepada anak2ku ya Allah



Published with Blogger-droid v2.0.4