nuffnang

Monday 26 March 2012

Resepi Nasi Lemak ala MamaMia

Halllooooooo mama2, mommy2, ibu2, umi2 dan peminat2 aku sekalian..waaaahhhhh hader ke peminat? Aku nak share resepi nasi lemak ala aku ni.. Bukan cakap korang tak pandai masak nasi lemak tapi sajer lau nak sharing with caring kan resepi2 ni.. Kot2 salah kan aku masak, korang2 tolonglah betulkan kan kan kan :)


Resepi nasi:
3 cawan beras (aku guna beras Siam Cap Serindit - beras ni kuat makan air..so sukatan air/santan, ikut beras yang korang makan yeeee)
5 cawan santan (dari setengah bijik kelapa tua)
Seinci halia - dihiris2 ikut suka korang
Sebijik bawang besar - aku suka hiris, kalau nak cincang ke nak dadukan ke, suka hati
Garam dan Abg Haji (kalau tak nak botak, tak yah letak)
Daun pandan jangan dilupai

Tanak nasi ikut lah dalam periuk ape pun..aku suka guna periuk tanah (sumpah tipu hokey!!!) aku guna rice cooker jerk.. Sila tanak sampai masak..


Sambal ikan bilis:
15 tangkai lada kering - Blend ye..kalau gigih leh tumbuk atau giling
Sebijik bawang besar - Blend sekali ngan lada kering itu
2 bijik bawang besar dihiris
Ikan bilis yang mahal segenggam (ikutlah genggam korang ke, genggam tok laki ke..hihihi)
Asam keping
Garam, gula & abg haji

Aku biasa goreng bawang yang dihiris tu kejap..kejap tu dalam 2 minit..ehhhhh lupa..tumis tu guna minyak..hahaha tak kan guna air pulak kan..pastu angkat n menggunakan minyak yang sama, tumis lada & bawang yang telah diblend tadi..tumis sampai pecah minyak ye..pastu leh lah masukkan ikan bilis yang telah dibasuh dan bawang yang dah goreng kejap tadi..next, masuk asam, gula, garam, abg haji dan air..biarkan sampai sambal tu jadi kaler meroon yang cantik..selesaiiii, mudah kan..
Hidangkan dengan telur rebus, ikan bilis garing, kacang tanah goreng dan timun..


Tips:
1) gunakan bawang besar merah tau..
2) pastikan ikan bilis yang digunakan itu yang bermutu (aku suka kopek sendiri ikan bilis)

SELAMAT MENCUBA

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ko kena bg aku rasa dulu....baru boleh komen...apapun syabas dgn resepi ko ni...nnt lepas pantang boleh la aku cuba...hihihi

    ReplyDelete