nuffnang

Monday 26 March 2012

Resepi Kek Coklat Norfadilla

Bahan2 A:
2 cawan tepung kek
1 milo
1 cawan serbuk koko

Bahan2 B:
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air panas
3 biji telur (basuh dulu yeee)

Bahan topping:
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu minyak

Cara-cara membuat kek:
1. Bahan2 A satukan dalam besen/periuk/tupperware/suka hati korang lah....
2. Campurkan bahan2 B dan kacau guna senduk kayu...tak payah mixer bagai
3. Campurkan bahan2 A ke dalam bahan2 B sesudu demi sesudu, kacau sampai jangan ada ketoi2
4. Kukus sehingga masak 9terpulang kepada bekas tu kecik ke besor....kalau besor, 45 minit kot...ala, korang test lah cucuk ngan lidi tgk kalau clear jerk time ditarik lidi tu maknanyer dah masak lah

Cara2 membuat topping:
1. Satukan bahan2
2. Masak guna teknik double boil
3. Curah atas kek selepas kek sejuk
4. Hias lah ngan ape2 yang korang suka

Tips:
1. Panaskan kukus sebelum bancuh kek, so by the time korang siap bancuh, kukusan tu dah sedi untuk digunakan
2. Api time mengukus jgn besor sgt, t kek pecah

Selamat mencuba



No comments:

Post a Comment