nuffnang

Tuesday, 27 March 2012

Selipar Mia dalam Kete Mama

Mana selipar Mia?
Selipar Mia ada di mana2..
Tu baru yang dalam kete si mama..
Belum campur dalam kete si papa..
Belum campur dalam almari kasut kat rumah..
Anak pompuan kan..
Sama macam mama dia..
Pantang tengok selipar comei..
Harga?
Mama si kedek tu belikan yang kat pasar malam je..
RM5 je pulak tu..
Alaaaaa budak kan, wat pe pakai mahal2..
Hihihi daaaa..


Nasi Goreng Sardin Jom Jimat

Entry ini tidak lain tidak bukan adalah untuk memperbanyakkan lagi entry dalam blog ini...aku tau korang semua memang pakar kan bab2 ke dapur ni...meh tengok resepi nasi goreng dari baki nasi & sardin yang tak habis...ni kira kempen Jom Jimat Versi Aku lah....jimat supaya boleh kumpul duit beli handbag Marc Jacob...hahaha tak henggatkan...

Bahan2:
Nasi sejuk
Sardin (yang tak habis semalam - tapi pastikan sardin tu tak basi lah ye)
Bawang merah
Bawang putih
Lada kecik
Kicap
Garam, Abg Haji

Cara2 membuat:
1. Tumis bawang merah, bawang putih, lada kecik (kuantiti iktu selera dan nak potong ke nak hilis ke nak tumbuk ke, ikut korang ye)
2. Masukkan sardin denggan kuah2 nya sekali
3. Kacau dan perisakan
4. Masukkan nasi dan kicap
5. Kacau sampai sudah secukup masak
6. Hidangkan dengan telur mata, timun dan limau nipis

Tips:
1. Jangan over letak gagam coz sardin korang yang balance semalam tukan dah ada garam & perisakan....kang ada yang pitam pulak makan nasi tu kang

Selamat Mencuba



Perempuan, Peod & ...

Sumpah hari ni hari yang sangat panjang kat opis...punya lah tak larat macam dah pembawakan budak pulak ghupenyer...simtom ni dari malam semalam lagi dah ada...ngan perut tetiba sakit ala2 macam nak bersalinkan Mia jerk dah rasa nyer!!!bila dah pagi tu, bagitahu pulak kat tok laki yang aku ni tak sedap perut, tekak, kepala.....emmmmm satu badan lah senang cakap...tapi ada ke patut dia cakap "jeng jeng jeng"...haiyoooo mama peod lah papa...tak ada adik kepada Mia nyer...

Sampai jer opis, beli nasik lemak Abg 9 yang "sangat besar" tu tapi nyer makan dua sudu jerk...bila nak start keje je, nak muntah segala bagai...ngan mengantuk tahap dewa nyer...sampai aku leh salah lah antor e-mail kat custome...hadoiiii....last2 aku g toilet, jolok jari dalam tekak, kuar segala isi perut....baru lega sikit...

Dah tengah hari macam tu, still tak selera nak makan..kirim buah je kat Kak Kila...pastu duk melepak dalam pantry ngan Nana sambil chit chat (mengayam ketupat)...sampai ke petang, aku dah semakin ok tapi dah mintak MC siap2 ngan tok laki sebab tak larat nak ke dapur...sek baik MC tu approve...lol tapau nasik ayam kukus untuk tok laki dan adik2 aku yang ada kat rumah tu & nasik lemak untuk aku kat mek klate area umah aku jerk...

Sehingga enrty ini ditulis, perut masih tak selesa...tapi nasik lemak tadi abis ekk sebungkus...lapor hokeyyy!!!Mia dah ke taman main basikal ngan papa dia...mama dia duk depan tv tgk cite (selalu pun memang papa yang bawak dia pegi taman, elehhh tu pun kalau dia ada KL kannnn)

Hokey...tamat sudah hari siang aku punya cerita bohsan...susah ghupenyer nak menulis blog ni...baca enrty orang macam best je...nak tulis sendiri, sumpah tak ada idea!!!semoga ketemu lagi....daaaaaa

Monday, 26 March 2012

Resepi Laksa Lemak Kelantan Versi Orang Pahang Menantu Kelantan

Aku paling suka makan laksa Kelantan ni..nak pulak kalau letak sambal lebih sikit....fuhhhhh meleleh air hidung...kuah ni biasanyer orang makan ngan laksam tapi aku ni macam alah sikit nak makan ngan laksam sebabnyer selalu sangat aku dapat laksa yang hover tebal...putus angin terus aku kan...lebih baik aku makan ngan laksa...lebih selamat gituuuu...so kat sini aku nak share resepi laksa versi aku...

Bahan2 Untuk Kuah:
6-7cawan santan dari 2 bijik kelapa (aku blend yeee...tak reti pakai santan bungus dalam plastik tuhhh)
1kg ikan sardin (org panggil ikan selayang...guna ikan kembung pun boleh tapi mahal lah sikit)
1 inci halia
1 bijik bawang merah besar atau 4 bijik bawang merah kecik
1 sudu besar lada hitam
Asam Keping
Gula, Garam & Pak Aji

Cara2 membuat:
1. Rebus ikan ngan asam keping
2. Asingkan isi ikan (steps paling leceh), blend ngan halia, bawang dan lada hitam
3. Tulang temulang ikan tu boleh blend ngan air rebusan tu tapi aku malas...so aku campak jerk dalam tong sampah...
4. Masak santan, ikan dan lain2 yang telah diblend tu
5. Perisakan
6. Siapppp senangkan...hidangan dengan laksa yang telah direbus, ulam (kobis, kacang panjang, timun, daun kesom, bunga kantan), sambal belacan

Tips:
1. Ada orang letak serai tapi aku tak letak sebab rasa serai itu akan mematikan rasa ikan tu...
2. Laksa yang terbaik ialah laksa basah yang dibeli di pasar borong...kalau pakai laksa kering macam tak best sangat...
3. Kecairan kuah bergantung kepada keikhlasan nak bagi orang makan...kalau ikhlas, buat lah pekat tp kalau ramai (ikhlas jugak), boleh lah cairkan sikit...


Selamat Mencuba

Mia.Mama.Papa

Gajet terbabit adalah kepunyaan kami yang poyosss celik IT

Si Mia guna Galaxy Tab aka Tabby utk tgk Upin Ipin (budak2 zaman sekarang!!!)

Si Mama guna Note konon koya pandai melukis sampai sanggup buang BlackBerry yang penah diagung2kan suatu ketika dahulu (sampai sekarang pun tak pandai lukis guna Note..orang lidi pun tak jadi hokey!!!)

Si Papa guna HTC jerk (verangan nak Note tapi si bini guling2 nak Note..si laki malas pening2, layankan ajer..10Q ye)
 
Namun pemilik hakiki kesemua ini (jika diukur semasa RM bertukar tangan kat kedai telepon kepada pekerja kedai telepon) adalah si papa.. Si Mama dan Si Mia tau order saja (sila jangan contohi!!!)


Kerana diriku begitu berharga!!!

Excited bila cite bab Ariani..hahaha ni kira kedai panel wajib melawat setiap kali sales..sebab aku rasa confident level tuh tinggi sikit bila pakai Ariani..tepuk dada tanya selera..


Resepi Kek Coklat Norfadilla

Bahan2 A:
2 cawan tepung kek
1 milo
1 cawan serbuk koko

Bahan2 B:
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air panas
3 biji telur (basuh dulu yeee)

Bahan topping:
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu minyak

Cara-cara membuat kek:
1. Bahan2 A satukan dalam besen/periuk/tupperware/suka hati korang lah....
2. Campurkan bahan2 B dan kacau guna senduk kayu...tak payah mixer bagai
3. Campurkan bahan2 A ke dalam bahan2 B sesudu demi sesudu, kacau sampai jangan ada ketoi2
4. Kukus sehingga masak 9terpulang kepada bekas tu kecik ke besor....kalau besor, 45 minit kot...ala, korang test lah cucuk ngan lidi tgk kalau clear jerk time ditarik lidi tu maknanyer dah masak lah

Cara2 membuat topping:
1. Satukan bahan2
2. Masak guna teknik double boil
3. Curah atas kek selepas kek sejuk
4. Hias lah ngan ape2 yang korang suka

Tips:
1. Panaskan kukus sebelum bancuh kek, so by the time korang siap bancuh, kukusan tu dah sedi untuk digunakan
2. Api time mengukus jgn besor sgt, t kek pecah

Selamat mencuba



Resepi Nasi Lemak ala MamaMia

Halllooooooo mama2, mommy2, ibu2, umi2 dan peminat2 aku sekalian..waaaahhhhh hader ke peminat? Aku nak share resepi nasi lemak ala aku ni.. Bukan cakap korang tak pandai masak nasi lemak tapi sajer lau nak sharing with caring kan resepi2 ni.. Kot2 salah kan aku masak, korang2 tolonglah betulkan kan kan kan :)


Resepi nasi:
3 cawan beras (aku guna beras Siam Cap Serindit - beras ni kuat makan air..so sukatan air/santan, ikut beras yang korang makan yeeee)
5 cawan santan (dari setengah bijik kelapa tua)
Seinci halia - dihiris2 ikut suka korang
Sebijik bawang besar - aku suka hiris, kalau nak cincang ke nak dadukan ke, suka hati
Garam dan Abg Haji (kalau tak nak botak, tak yah letak)
Daun pandan jangan dilupai

Tanak nasi ikut lah dalam periuk ape pun..aku suka guna periuk tanah (sumpah tipu hokey!!!) aku guna rice cooker jerk.. Sila tanak sampai masak..


Sambal ikan bilis:
15 tangkai lada kering - Blend ye..kalau gigih leh tumbuk atau giling
Sebijik bawang besar - Blend sekali ngan lada kering itu
2 bijik bawang besar dihiris
Ikan bilis yang mahal segenggam (ikutlah genggam korang ke, genggam tok laki ke..hihihi)
Asam keping
Garam, gula & abg haji

Aku biasa goreng bawang yang dihiris tu kejap..kejap tu dalam 2 minit..ehhhhh lupa..tumis tu guna minyak..hahaha tak kan guna air pulak kan..pastu angkat n menggunakan minyak yang sama, tumis lada & bawang yang telah diblend tadi..tumis sampai pecah minyak ye..pastu leh lah masukkan ikan bilis yang telah dibasuh dan bawang yang dah goreng kejap tadi..next, masuk asam, gula, garam, abg haji dan air..biarkan sampai sambal tu jadi kaler meroon yang cantik..selesaiiii, mudah kan..
Hidangkan dengan telur rebus, ikan bilis garing, kacang tanah goreng dan timun..


Tips:
1) gunakan bawang besar merah tau..
2) pastikan ikan bilis yang digunakan itu yang bermutu (aku suka kopek sendiri ikan bilis)

SELAMAT MENCUBA

monday yang tak blues

Bila Isnin je, bukak FB, bersepah ngan friend yang post berkaitan Monday Blues..yang cikgu malas nak pegi sekolah, yang doktor malas pegi klinik, yang engineer malas pegi site..tu belum lagi si anak yang malas g nursery <----- itu Mia lah tuh kannn
Tambah pulak ngan jem di sana sini..ngan kereta yang berlambak2 atas jalan raya..bikin hati jadi panas bila ada driver vodos potong Q!!!
Tapi aku tak blues macam orang lain..sebab?aku keje shift..kalau kena keje weekend, tu yang jadi Weekend Blues!!
Hepi working alls..

Sunday, 25 March 2012

Breakfast yang gigih!!

Masak laksa (mia panggil mee) sbb adik yang kejauhan ingin dtg makan laksa di rumah kakak yang rajin nak melayan :)

salam

idea nak berblog ni dah giler lama nak buat
semua org buat aku pun nak buat (kaaaannnn)
ok...kita try lah berblog pulak ekkk
sebelum ni jadi silent reader je utk a few blogs
dah!!!ni first entry...tak payah nak merepek sangat