nuffnang

Sunday, 25 October 2015

Resepi Bread Butter Pudding Sedap versi Norfadilla

Bahan-bahan:
  1. 2 cawan susu full krim
  2. 1/2 cawan gula kastor
  3. 3 biji telur
  4. 1 sudu kecil esen vanilla
  5. 8 keping roti (biasa saya guna butterscotch tapi hari i try guna roti raspberi pula)
Cara-cara:
  1. Sapu loyang dengan butter.
  2. Roti potong 4 dan susun dalam loyang.
  3. Susu + gula + telur + esen vanilla = pukul sampai gula hancur dan sebati.
  4. Tuang bancuhan kedalam loyang roti.
  5. Bakar 170-180 darjah celcius selama 40 minit (oven kena panaskan dalam 10 minit dahulu)

Cadangan hidangan:
  1. Boleh makan dengan vabilla sauce tapi kalau malas, boleh makan dengan ice cream vanilla.
  2. Resepi vanilla sauce malas nak type. Aci tak? Hikhikhik.
  3. Senang je buat ni. Dan konpem sedap dari korang makan kat hotel.
Barang-barang untuk membuat bread butter pudding yang sedap


Selepas keluar dari oven.
 
Rupa bread butter pudging yang sedia untuk dinikmati.
 
 
 

Resepi Mee Sup Mudah

Bahan-bahan untuk sup:
  1. Tulang ayam
  2. Bebola ikan
  3. 1 sup bunjut adabi
  4. Bawang merah
  5. Bawang putih
  6. Halia
  7. Bunga kobis, carrot
  8. Garam secukup rasa 
  9. Daun bawang, daun sup

Cara-cara buat sup:
  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia sehingga perang. Hiris ke tumbuk? Ikut rajin ke tak nak basuh lesung batu. Kalau rajin, saya tumbuk, kalau malas, saya hiris. Hikhikhik.
  2. Masukkan tulang ayam, bebola. Biarkan seketika. 
  3. Masukkan air & sup bunjut. 
  4. Setelah mendidih, masukkan sayur dan perisakan dengan garam. Saya tak guna Abang Aji sebab kadang-kadang ingat nak beli kadang-kadang lupa. Hikhikhik.
  5. Saya letak sekeping asam keping untuk menghilangkan hanyir ayam.
  6. Setelah semua masak, taburkan daun bawang & daun sup.

Bahan-bahan untuk sambal kicap:
  1. Cili padi Thai yang kaler hijau panjang-panjang tu segengam
  2. 1-2 ulas bawang putih
  3. Gula
  4. Garam
  5. Kicap kipas udang

Cara-cara membuat sambal kicap:
  1. Blend cili padi, bawang putih, garam & gula guna blend kering.
  2. Masukkan kicap dan sesuaikan rasa.

Cadangan hidangan:
  1. Celur mee kuning atau bihun.
  2. Potong cili besar merah.
  3. Potong limau nipis.
  4. Tuangkan sup.
  5. Tadaaaaaa.. Siap dah mee sup mudah, sedap.


 

Puding Berkuah Express

Bahan-bahan:
  1. 1 paket jeli jenama Nona
  2. Susu cair
  3. Buah-buahan campuran di dalam tin   

Cara-cara:
  1. Masak jeli seperti diarahan di kotak.
  2. Sejukkan jeli.
  3. Hidangkan bersama susu cair dan buah-buahan campuran.
Mudahkan! Cubalaaaaahh.
Ni kira kes emergency kalau ada orang nak datang rumah secara mengejut tapi tak tahu nak hidang apa. Tapi pastikan kena adalah barang-barang tu semua kat dapur. So, pergi Giant/Tesco lepas ni boleh lah beli stok untuk tujuan kecemasan ye!

Resepi Nasi Lemak Mudah

Bahan-bahan untuk nasi lemak:
  1. 3 pot beras (saya guna beras cap serindit - beli kat Kelantan)
  2. 1 1/2 pot santan pekat
  3. 4 1/2 pot air
  4. 1 biji bawang besar merah - dihiris
  5. 1 inci halia - dihiris
  6. Daun pandan - disiat-siat dan disimpul
  7. Sesudu majerin
  8. Garam secukup rasa

Cara-cara untuk membuat nasi lemak:
  1. Basuh beras.
  2. Satukan kesemua bahan di dalam periuk nasi (saya guna periuk nasi elektrik.
  3. Masak seperti biasa
  4. Penggunaan majerin dalam memasak nasi lemak adalah untuk menjadikan nasi berkilat.

Bahan-bahan untuk sambal ikan bilis:
  1. 2 gengam ikan bilis  (tangan saya kecik..so gengaman pun kecik.. hikhikhik)
  2. 3 biji bawang besar merah dimayang
  3. 2 senduk nasi cili kisar
  4. Garam & gula secukup rasa (saya guna nisan kerek - gula melaka)
  5. 1 atau 2 keping asam keping (saya tak pandai guna asam jawa ketika memasak)

Cara-cara untuk membuat sambal ikan bilis:
  1. Goreng ikan bilis bagi layu, ketepikan.
  2. Goreng bawang yang dimayang juga sehinggan layu, ketepikan.
  3. Tumis cili kisar sehingga masak menggunakan minyak yang banyak. Tips mendapatkan warna sambal yang cantik adalah penggunaan minyak yang banyak ketika memunis cili. 
  4. Masukkan ikan bilis & bawang yang telah digoreng.
  5. Tambahkan air mengikut selera (saya suka sambal yang berkuah sedikit).
  6. Perisakan dengan garam & gula.

Nasi lemak saya biasanya dihidangkan bersama timun, ikan bilis goreng garing, kacang tanah goreng garing, telur puyuh rebus dan telur mata kerbau.

Selamat mencuba nasi lemak mudah dan gerenti sedap (perasan..hikhikhik).



 

Resepi Pulut Kuning Mudah

Bahan-bahan:
  1. Pulut (saya guna 1kg)
  2. 1 paket kecik santan (RM2.00)
  3. 1 cawan air
  4. Garam
  5. Serbuk Kunyit


Cara-cara:
  1. Rendam pulut dengan air bersama serbuk kunyit sekurang-kurangnya 4jam. 
  2. Panaskan kukusan, bila dah mendidih, kukus pulut untuk round pertama selama 20minit.
  3. Masak santan dengan secawan air serta garam sehingga mendidih.
  4. Tahap kemasinan bergantung kepada selera masing2.
  5. Angkat pulut dan letakkan dalam bekas besar. Tuang santan dan gaul sebati.
  6. Masukkan semula pulut ke dalam kukusan dan kukus semula selama 20 minit.
  7. Insya Allah, pulut yang dikukus 2 kali ni tahan lama dan tidak mudah basi.